Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

4 PANTANG LARANG UNTUK ELAK ETSY SHOP KENA BANNED

kedai-etsy-kena-suspend

Hai semua, harini saya nak share 4 pantang larang Etsy atau 4 perkara yang korang tak boleh buat di Etsy. If buat, ada kemungkinan shop korang akan dibanned.

Pantang larang di Etsy

Pantang larang di Etsy;

1. Jangan tiru produk orang lain untuk dijual di Etsy.

Sejak awal lagi, visi dan misi Etsy adalah untuk membantu peniaga kecil-kecilan untuk jual hasil art buatan sendiri. Diorang punya hashtag #standwithsmall.

Etsy vision and mision

Jadi diorang sangat tekankan keunikan sesuatu produk itu.
Jadi, jual produk yang sama dengan orang lain memang tak dibenarkan sama sekali. Korang kena create sendiri produk korang, then baru boleh jual dekat Etsy.

2. Jangan guna perkataan yang dah ada copyright atau brand.

Isu copyright sangat ketat di Etsy. Jangan sesekali guna perkataan yang dah ada brand if tak nak shop kene banned , contohnya Disneyland, Mickey Mouse, Nike, Adidas, etc. Jangan letakkan perkataan perkataan branded ini di dalam korang punya title, description, tag dan lain lain

pantang larang etsy
pantang larang etsy

3. Jangan buka shop menggunakan referral link dari ip address yang sama.

Referral link ni, untuk sesiapa yang tak tahu, biasanya orang guna untuk dapat kelebihan upload produk secara percuma dekat Etsy.

Jadi saya ada baca satu kes di mana sorang Etsy seller ni dia buka shop Etsy yang kedua dia guna referral link dari shop Etsy yang pertama. At the end, shop dia kena banned sebab langgar policy etsy.

Ada juga yang share shop dia kena banned sebab dia pergi beli produk dari kedai sendiri. Tujuan dia buat macam tu sebab saja nak test kedai dia, last last kena banned.

So, kalau korang perasan, perbuatan diorang yang menyebabkan shop kene banned ni sebenarnya semua melibatkan transaction menggunakan ip adress yang sama. Jadi, berhati-hatilah.

4. Jangan guna imej daripada google.

Seperti yang saya dah terangkan di atas, isu copyright di Etsy memang sangat ketat. Gambar-gambar yang diambil dari Google mostly ada license yang tak benarkan kita guna dan jual balik sesuka hati.

Kena check betul betul dulu dari segi licensing dia macam mana. Tapi kalau nak mudah, saya sarankan korang guna je gambar – gambar dari website yang dah bagi free license untuk kita guna gambar dalam design kita dan jual balik.

Antara contoh website-website yang korang boleh guna untuk dapatkan gambar dan masukkan ke dalam design korang adalah https://www.pexels.com/, https://pixabay.com/ dan https://unsplash.com/

free image unsplash
gambar free unsplash
gambar free pexels
gambar free pexels
gambar free pixabay
gambar free pixabay

Untuk penerangan yang lebih jelas, boleh tengok video tentang 4 pantang larang Etsy yang saya dah share dekat Youtube Channel saya

 

Okay itu saja perkongsian saya hari ini, sesiapa yang belum tengok cara untuk jual digital produk di Etsy, saya juga ada share cara untuk jual digital produk di Etsy 

Boleh buka kedai di etsy menggunakan link yang saya share ini untuk dapatkan 40 free listing percuma ⏬⏬⏬.
BUKA KEDAI ETSY ANDA SEKARANG DAN DAPATKAN 40 LISTING PERCUMA!!!

Selepas click (guna laptop), make sure untuk habiskan proses set up kedai Etsy shop anda.

SEO TOOL POWER YANG KORANG BOLEH GUNA UNTUK BANTU OPTIMIZEKAN KEDAI ETSY KORANG

Saya nak share jugak kat sini salah satu tool power yang saya guna untuk optimizekan seo shop Etsy saya, Sale Samurai.

Dia beri cadangan keyword2 (long-tail keyword) yang kita boleh guna berdasarkan apa yang orang selalu cari dan banyak cari. Plus, dia tunjuk shop yang tengah ranking untuk keyword tu, so kita boleh dapatkan idea apa yang diorang buat sampai ramai orang beli dari shop dia.

Actually, ada banyak lagi nak share kelebihan tool SEO ni, but for now sampai sini je dulu. Saya akan update artikel full pasal Sale Samurai ni once dah siap okay..

And jangan risau, tutorial lengkap cara nak guna tool ni ada disediakan dalam apps Sale Samurai. Boleh klik link di bawah untuk dapatkan apps Sale Samurai ⏬⏬⏬ dan boleh guna kod diskaun saya ▶ husna20 untuk potongan 20%.

https://salesamurai.io/334.html

Jangan lupa, masukkan kod diskaun ▶ husna20 untuk dapatkan potongan 20%

Selamat maju jaya semua!!!💕

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Straight A sejak dari UPSR, PMR, SPM, ASASI Uiam PJ, Degree Math Uiam Kuantan, Master Engineering Uiam Gombak, dan Sijil Perguruan OUM. Minat buat duit secara pasif. Seorang penjual di Etsy, Canvassador di Malaysia, Website Designer, dan Content Creator.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva