Macam mana nak edit gambar jadi lukisan?
Ada tak apps yang kita boleh guna untuk edit gambar jadi lukisan?
Okay jom saya share aplikasi yang korang boleh guna untuk edit gambar menjadi lukisan.
Kita akan menggunakan apps Canva, the most user friendly website ever!
Langkah-langkahnya cukup mudah.
Tutorial Edit Gambar Jadi Lukisan
- Pertama, buka Canva dan klik “create a design”. Yang belum ada lagi apps Canva tu, boleh lah register menggunakan email masing masing.. free je..
2. Seterusnya, pergi dekat bahagian tepi sekali
dan klik “custom size”.
Di bahagian custom size ni, masukkan saiz yang sesuai untuk panjang dengan lebar.
Tak tepat pun tak apa. Anggar anggar je..
Kalau gambar yang kita nak edit tu bentuk landscape, nilai width kena lagi besar dari height.
kalau gambar yang kita nak edit tu bentuk potrait, nilai width lagi rendah dari height.
Lepas dah masukkan saiz yang kita nak, klik “create new design”.
3. Then kita pergi dekat bahagian menu dekat kiri sekali dan pilih “uploads”.
Klik “Uploads files” dan upload gambar yang nak ditukarkan kepada bentuk lukisan.
Gambar tu nanti akan masuk di bahagian upload ni.
4. Klik gambar tersebut dan gambar tu akan dimasukkan ke dalam Canvas.
Seterusnya, pergi dekat bahagian menu kiri sekali lagi dan Klik “apps” .
Taip “animeify” di bahagian search box.
Korang akan nampak gambar perempuan kartun macam kat bawah ni.
Ha, klik gambar perempuan tu. Apps animeify akan aktif.
5. Step seterusnya Klik pada gambar yang kita dah pilih tadi dan klik butang “animeify and replace”.
6. Gambar korang akan diproses dan seterusnya akan bertukar menjadi bentuk lukisan.
Cara untuk kita download gambar yang dah siap dekat Canva ni..
Dekat bahagian atas kanan sekali, Kita klik “Share”, pilih filetype yang kita nak samada
“png” atau “jpg”.
Nak pilih format fail lain pun boleh, klik dekat down arrow, nanti akan keluar pilihan pilihan format fail yang lain.
Beza png dengan jpg ni, kualiti gambar png lagi tinggi dari jpg.
Kalau gambar tu kita setakat nak share kat social media, boleh lah guna jpg..
Tapi, kalau nak print, better guna png.
7. Last sekali, kita klik “download”. Dah siap!
Boleh tengok result sebelum dan selepas gambar ditukar menjadi lukisan.


Kesimpulan
Boleh lah share gambar yang korang dah download tu dekat mana mana
Sekarang dah pandai tukar gambar jadi lukisan tu, boleh lah nak tukar gambar muka
korang ke.. kucing korang ke.. rumah korang ke..
ikot lah
Ada beberapa jugak apps lain yang korang boleh cuba dalam Canva ni untuk dapatkan hasil yang sama atau lebih kurang.
Contohnya, apps cartoonify..
Untuk feature tukar gambar jadi lukisan ni, Canva bagi kredit 3 kali untuk tukar dari gambar jadi lukisan. Kalau nak banyak lagi kredit boleh upgrade ke Canva pro..
Tak rugi pun upgrade ke Canva pro,
sebab ada banyak lagi feature yang powerful korang boleh guna dekat Canva bila dah ada pro version.
Full Canva Pro Feature boleh dapatkan kat bawah ye 🔽🔽🔽
Upgrade Your Canva Account Now!
Btw kalau korang still tak faham, korang boleh tengok cara buat gambar jadi lukisan dalam video kat bawah ni ya🔽🔽🔽
Nak tahu lagi banyak info tentang teknologi digital terkini, boleh klik https://husnaamira.com/