Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

Tips Design Di Canva Dengan Mudah Dan Cepat

tips-trick-design-canva

Hai semua, so harini saya nak share 6 tips power untuk design di Canva dengan cepat.

Tips ni adalah tips yang saya selalu guna semasa design and sangat memudahkan proses design saya. So harap bermanfaat jugak untuk awak awak 😊.

Ada 6 tips yang kita boleh guna untuk design di Canva dengan cepat, let’s go!

1. Untuk terus tambah text dengan cepat pada design, boleh tekan huruf “T” pada keyboard.

2. Untuk tambah line atau garis pada design, tekan huruf “L” pada keyboard, tak perlu dah cari2 dekat bahagian elemen Canva.

3. Untuk duplicate elemen, just click elemen yang kita nak duplicate tu, lepastu tekan control+ D. Boleh duplicate banyak kali dengan mudah. Tak perlu nak copy paste copy paste dah.

4. Seterusnya untuk susun elemen2 supaya semua kemas dan teratur, boleh highlightkan elemen elemen yang terlibat dan click position, seterusnya pilih tidy up. Semua akan jadi auto kemas.

5. Untuk ubah colour elemen elemen, click satu elemen, click warna yang kita nak, pergi bahagian bawah kiri dan click “change all”. Nanti semua warna elemen berubah mengikut warna elemen yang kita dah pilih mula2 tadi. Ingat, elemen yang sama format sahaja ya yang akan berubah warna. Bukan semua elemen dalam design tu ha.

6. Untuk ubah warna elemen mengikut warna dalam gambar, boleh tekan elemen yang nak diubah warna, click warna, pada bahagian document color,

boleh tekan simbol tambah dan click color picker ( bentuk yang macam pensel pakai topi tu)

Drag color picker ke area gambar dan click color picker pada warna yang kita mahu. Nanti, warna elemen automatik berubah ikut warna color picker yang kita dah klik.

Kalau taknak guna color picker, boleh jugak pilih warna di bahagian photo color. Canva ada sediakan 5 basic color dari gambar kalau kita nak guna.

Sesiapa yang belum tengok cara untuk jual digital produk di Etsy, boleh tengok video kat bawah ⏬⏬⏬
CARA JUAL DIGITAL PRODUK DI ETSY

!!! SEO TOOL KORANG PERLU CUBA UNTUK TARIK LEBIH RAMAI CUSTOMER KE ETSY SHOP KORANG, SALE SAMURAI!!!

Sale Samurai adalah salah satu tool power yang saya guna untuk optimizekan seo shop Etsy saya.

Dia beri cadangan keyword2 (long-tail keyword) yang kita boleh guna berdasarkan apa yang orang selalu cari dan banyak cari dekat Etsy.

Bila kita gunakan cadangan keyword ini, automatik ranking kedai Etsy kita lebih tinggi berbanding kedai kedai Etsy yang lain.

Plus, dia tunjuk shop yang tengah ranking untuk keyword tu, so kita boleh dapatkan idea apa yang diorang buat sampai ramai orang beli dari shop dia.

Actually, ada banyak lagi yang saya nak share tentang kelebihan Sale Samurai ni, boleh tengok video yang saya dah share ni ⏩ https://youtu.be/C9nLJWAcZ34 untuk tahu lebih detail tentang Sale Samurai

Klik link di bawah untuk dapatkan apps Sale Samurai ⏬⏬⏬ dan boleh guna kod diskaun saya ▶ husna20 untuk potongan 20%.

https://salesamurai.io/334.html

Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Straight A sejak dari UPSR, PMR, SPM, ASASI Uiam PJ, Degree Math Uiam Kuantan, Master Engineering Uiam Gombak, dan Sijil Perguruan OUM. Minat buat duit secara pasif. Seorang penjual di Etsy, Canvassador di Malaysia, Website Designer, dan Content Creator.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva