So harini, saya nak share full tutorial cara buka kedai di Etsy.
But, first thing first,
1. Apakah itu Etsy?
Etsy adalah platform jual beli online secara global.
Orang dari seluruh dunia boleh membeli dan menjual dekat Etsy.
Apa yang special nya dekat Etsy ni?
Etsy tetapkan syarat hanya barangan yang unik boleh dijual dekat Etsy.
Maknanya barang tu adalah barang buatan sendiri.
Handmade item.
That’s why Etsy ni boleh membantu peniaga kecil kecilan
terutamanya mereka yang ada bakat dalam menghasilkan
barang barang buatan sendiri.
2. Berbaloi ke Menjual di Etsy?
Menjual di etsy ni bagi saya sangatlah berbaloi
sebab Etsy ni sebuah platform international dan mempunyai berjuta-juta pengguna.
Bunyi “ka-ching” “ka-ching” bila ada orang beli barang kita dekat Etsy
akan menyebabkan kita terus addicted untuk
menjual lagi di Etsy.
Kadang kadang kita rasa impressed sebab ada orang dari luar negara
berminat nak beli barang dari kita
Ya lah, kita ni biase biase jerr
Tapi orang luar tak tengok benda tu
Orang luar tengok barang apa yang korang jual.
Dah barang tu unik,
korang sorang je yang jual
produk yang diorang berkenan.
So,diorang beli lah dari korang.
Yang bestnya, Etsy tak pilih bulu.
Korang besar ke, kecik ke
Kalau produk korang tu kena dengan
apa yang customer Etsy cari,
Diorang akan push produk korang tu
sampai depan muka customer
As long as cara korang list produk korang tu betul.
Jangan risau, later on
saya akan share tips dan strategi macam mana
nak dapatkan sales dekat Etsy.
For now, saya nak share cara buka kedai dulu.
Sabo ye.. satu satu.
Tangan ni pun ada sepasang je ha nak menaip.
Okay, so sesiapa yang berminat nak buat side income atau pasif income
dengan Etsy tu
Jom buka kedai di Etsy sekarang!
3. Cara Buka Kedai di Etsy
Berikut adalah step by step cara untuk membuka kedai di Etsy.
Sila guna laptop ya untuk memastikan smooth registration.
And satu lagi tenet jangan slow slow. Kasi laju gitu.
3.1 Klik link free listing untuk mula buka kedai Etsy
Korang boleh pergi ke site Etsy untuk mula buka kedai korang.
Tapi saya suggest untuk buka kedai korang menggunakan link di bawah
untuk membolehkan korang terima 40 free listing,
Buka Kedai Anda Sekarang dan Dapatkan 40 Listing Pertama Percuma!
3.1.1 Listing tu apa?
bila korang nak upload produk atau nak list produk dekat Etsy,
Etsy akan kenakan caj 0.2 usd (lebih kurang rm1 duit Malaysia) untuk setiap kali
kita upload produk.
So kalau korang buka kedai menggunakan link free listing,
Korang akan dapat 40 free listing
Klik link kat bawah untuk buka kedai Etsy korang Dan dapatkan free listing sebanyak 40 kali
Buka Kedai Anda Sekarang dan Dapatkan 40 Listing Pertama Percuma!
3.2 Masukkan maklumat diri
Klik “open a shop today”.
Masukkan email address korang dan click “continue”.
Masukkan nama dan password korang dan click “register”.
3.3 Masukkan maklumat kedai korang
Contohnya, shop language, saya pilih “English”,
Shop country, “Malaysia”,
Shop currency, “Ringgit Malaysia”
Which of these best describes you, boleh pilih mengikut kesesuaian masing masing.
Click “save and continue”.
3.4 Masukkan nama kedai korang.
Boleh cari nama yang sesuai untuk kedai Etsy korang.
Tips nak letak nama kedai, biarlah nama tu mudah nak sebut dan mudah nak ingat.
Full tips nak menamakan kedai Etsy shop kita
Boleh klik Tips Namakan Kedai Etsy
Lepas dah decide nama,
Taip nama tersebut di dalam kotak yang disediakan dan klik
“check availability”
Kalau nama kedai yang korang pilih tu takde sesiapa lagi yang pakai,
button “available” akan keluar, so korang boleh
klik “save and continue”
3.5 Upload satu produk ke kedai Etsy
Bahagian “Stock your shop” ni adalah ruangan di mana korang
perlu masukkan produk yang nak dijual.
Boleh sediakan je dulu at least satu produk untuk diupload di ruangan ini,
just untuk membolehkan korang buka kedai je dulu.
Lain lain detail produk korang nanti boleh adjust kemudian.
3.6 Isi detail detail produk
Dekat sini korang boleh isi detail detail produk korang.
Nak isi detail produk simple simple je dulu pun takpe
Just untuk membolehkan korang buka dulu kedai Etsy korang.
Nanti lepas semua dah settle. Korang boleh mula isi betul betul detail produk korang.
Kenapa nak kena isi betul betul?
Sebab bila isi isi betul, customer akan jumpa cari produk korang.
Dekat Etsy ni, terpulang pada korang nak jual apa as long as produk tu buatan
sendiri
Korang boleh jual
- Produk Digital
- Produk Physical
Produk digital adalah produk online
Bila jual dekat Etsy, customer boleh direct
download produk tersebut
dari platform Etsy setelah buat bayaran.
Bestnya jual produk digital dekat Etsy ni
korang tak perlukan modal pun untuk buat produk
design je produk korang dekat Canva
then jual dekat Etsy
Saya ada share full tutorial
Kalau nak jual produk fizikal, tak ada masalah
kira betul betul dari segi kos barang,
kos shipping
pastikan letak harga yang beri korang keuntungan
Dah settle bab produk listing,
Klik “save and continue”
3.7 Cara Etsy masukkan duit ke bank
Sekarang kita di bahagian “how you’ll get paid”
iaitu macam mana Etsy nak masukkan duit ke dalam bank kita
bagi produk kita yang dah terjual.
So firstly, korang kena pastikan korang dah aktifkan international transaction
atau pun oversea transaction untuk kad debit tersebut.
Boleh pilih mana mana debit card seperti RHB, Bank Islam, Maybank atau CIMB.
Saya cadangkan guna RHB bank
sebab tak banyak songeh
Cara untuk aktifkan international transaction,
boleh pergi ke kaunter atau call je terus bank tersebut.
nak senang call je dan cakap nak aktifkan international transaction.
Nanti bank akan proses.
Next,
Pilih “individual or sole proprietorship”. Masukkan maklumat yang diminta.
Untuk bahagian SWIFT BIC, hanya perlu google SWIFT BIC untuk bank yang korang dah pilih,
dan masukkan kod tersebut ke ruangan
yang disediakan.
Click save and continue.
3.8 Setup Billing di Etsy
Part seterusnya, ” set up billing” iaitu macam mana kita nak bayar bill dekat Etsy.
Contohnya bila nak upload produk baru, kena bayar 0.20 usd dekat Etsy,
lebih kurang RM1 la duit kita.
Sebabtu saya sarankan korang bukak guna referal link yang saya share
untuk dapat 40 free listing pertama.
Boleh masukkan detail bank korang,
maklumat maklumat tu boleh tengok pada kad bank korang.
Name on card tu maksudnya nama korang guna masa daftar kad bank tu.
Biasanya sama macam dalam IC korang. Click “save and continue”
3.9 Shop Security
Last part is shop security. Part ni, ada yang komen tak boleh aunthenticate guna nombor fon.
Jadi saya sarankan anda guna google authenticator untuk secure korang punya shop.
Cara nak authenticate guna google authenticator,
saya ada share dalam Youtube Channel saya ,
Jadi sesiapa yang masih belum dapat secure shop,
boleh tengok video yang saya dah share.
Klik “open your shop”. Shop Etsy anda sudah berjaya dibuka.
Yeay! Selamat berbisnes!
Sape sape yang masih blur blur tak boleh buka kedai Etsy tu,
boleh tengok video Cara Untuk Buka Etsy Shop yang saya
dah share dekat Youtube Channel saya.
4. Cara Tambah Sale di Kedai Etsy
Apa yang perlu dibuat untuk tambah sale dekat kedai Etsy kita?
Salah satu tool power yang saya guna untuk bantu tingkatkan sale di kedai Etsy saya, Sale Samurai.
Dia tunjuk detail dekat kita perkataan atau keyword apa yang customer selalu guna dekat Etsy untuk
cari sesuatu produk.
So kita boleh guna kelebihan tool ni
untuk ambil keyword keyword tersebut
dan letak dekat produk kita.
Make sure keyword tu selari dengan produk yang kita jual ya.
Another thing, Sale Samurai ni, dia tunjuk jugak shop yang tengah ranking untuk keyword tu,
so kita boleh dapatkan idea apa yang diorang buat sampai ramai orang beli dari shop dia.
Actually, ada banyak lagi nak share kelebihan tool SEO ni, but for now sampai sini je dulu. Saya akan update artikel full pasal Sale Samurai ni once dah siap okay..
And jangan risau, tutorial lengkap cara nak guna tool ni ada disediakan dalam apps Sale Samurai.
Boleh klik link di bawah untuk dapatkan apps Sale Samurai ⏬⏬⏬ dan boleh guna kod diskaun saya ▶ husna20 untuk potongan 20%.
https://salesamurai.io/334.html
Sekarang dah belajar cara buka kedai di Etsy,
Boleh belajar pula
Selamat berjaya!