Macam mana cara nak jual Canva di Etsy Shop?
So, before this saya dah share cara nak buka Etsy Shop, step by step
Kalau korang belum tengok lagi kena tengok dulu cara nak buka Etsy Shop..
Then, baru kita boleh proceed cara nak jual digital produk dekat Etsy Shop..
1. Cara Jual Canva di Etsy
First, saya akan share dulu cara nak jual template Canva di Etsy.
Second, saya akan share cara nak jual digital prints atau printables Canva dekat Etsy.
Beza antara template dengan digital prints ni,
template adalah design yang customer boleh edit sendiri.
Digital prints pulak adalah design yang customer tak boleh edit.
Nama lain bagi digital prints yang biasa orang guna adalah printables
1.1 Cara Jual Template Canva di Etsy
1.1.1 Buat Research Nak Jual Produk Apa
Sebelum menjual dekat Etsy, buat research dulu korang nak jual apa.
Seboleh boleh nya cari produk yang high in demand but low in competition.
Maksudnya,
produk tu ramai orang cari, tapi masih tak ramai seller yang jual produk tersebut.
Saya suggest korang guna Sale Samurai Tool untuk
buat research produk apa yang sepatutnya dijual
untuk mendapatkan hasil yang memuaskan
Untuk belajar cara guna Sale Samurai Tool,
korang boleh tengok video ni Teknik Buat Research Guna Sale Samurai
Katakan korang dah decide nak jual apa.
Tapi masalah tak reti pulak nak buat macam mana.
Jangan risau,
Ada dua cara yang korang bleh guna untuk dapatkan
inspirasi dan idea dalam mencipta produk korang,
1.1.2 Design Produk Digital
Yang Pertama,
Log in ke Canva account korang,
Klik “Create a Design”
Pilih Saiz Canvas, contohnya “A4 Document”
Dekat Bahagian Search Document Box,
taip produk apa yang kita nak jual.
Contohnya, bila saya taip Checklist,
akan keluar pelbagai contoh
templat Checklist.
Merujuk kepada pelbagai templat yang dah sedia ada,kita boleh dapatkan inspirasi
untuk mencipta produk digital kita sendiri.
Yang Kedua,
Guna Sale Samurai
taip produk apa yang kita nak jual dekat Search Bar Sale Samurai,
Akan keluar produk produk yang top selling
Dari situ, korang boleh dapatkan idea macam mana nak cipta
produk yang pelanggan suka dan akan beli.
Memang sangat power ya apps Sale Samurai ni.
Lepas dah dapat idea macam mana nak create produk korang,
Korang boleh lah mula design produk korang menggunakan Canva.
Now, lepas dah siap create produk
Korang boleh share template link korang ni dekat Etsy.
1.1.3 Cara Buat Template Link di Canva
Cara nak share template link produk korang
Klik Share -> See All ->Template Link->Create Template Link->Copy
Now, template link yang kita dah copy ni,
kita akan letak dalam sebuah PDF di mana PDF ni akan di share
di Etsy.
1.1.4 Cara Letak Template Link Dalam PDF
Untuk Create PDF,
Pergi dekat Canva, klik “Create a Design” dan pilih A4 Document
Dalam A4 ini korang
boleh letak screenshot gambar produk korang
dan butang untuk download produk korang.
Cara caranya adalah seperti berikut.
1. Screenshot produk yang telah siap di design
2. Klik Upload di bahagian menu bar -> Upload Files -> Pilih screenshot produk -> Klik “Open”
3. Klik screenshot produk tadi dan ia akan terpapar dalam canvas A4
4. Boleh tambah shadow dekat screenshot produk ni,
Klik screenshot produk -> klik “Edit” -> Di bahagian effect, pilih shadow -> pilih drop (nak pilih style shadow yang lain pun boleh)
5. Klik Elements di bahagian menu bar -> Taip “Download” di bahagian search box -> Klik Graphic -> Pilih element download yang berkenan di hati
6. Klik download elemen dan ia akan terpapar dalam canvas A4.
7. Boleh tukar color A4 kepada color yang korang nak untuk bagi nampak comel sikit.
Hanya perlu klik A4-> klik background color -> pilih color yang kita nak.
Okay now the most important step,
kita nak masukkan link templat yang kita dah copy
tadi ke dalam butang download
8. Klik elemen download tadi->klik 3 titik->klik link->Paste link yang kita dah copy sebelum ni->Klik Done.
9. Now, untuk download PDF ni, klik share -> Download -> Untuk bahagian filetype, boleh pilih “PDF Print”
atau “PDF Document” ->Klik Download
Ini adalah hasil PDF yang telah siap.
PDF ni lah yang akan diletakkan ke Etsy,
dan bila customer klik dekat teks butang download dekat PDF ni,
mereka akan dibawa ke produk yang kita dah design tadi
dan seterusnya mereka boleh terus gunakan
produk tersebut.
Jangan risau, bila customer edit produk ni,
design produk asal takkan pernah berubah.
Sebab yang kita share dengan customer adalah templat produk
bukan nya design asal.
Maknanya, setiap kali ada customer klik template link
yang kita dah share tu,
canva akan cipta sebuah copy dari design asal
dan mereka akan edit copy tersebut
design asal tak kan pernah dikacau
That’s why namanya templat..
Untuk PDF ni,
Korang actually boleh je nak
Share terus PDF ni dekat Etsy lepas dah letak link template yang kita dah copy,
but saya suggest korang
hias sikit PDF korang tu, baru lah comel sikit
Macam contoh yang saya tunjuk kat atas, saya letak screenshot produk, saya tambah backgorund
sikit dekat screenshot produk,
letak butang download, dan tukar background colour.
Kalau korang nak tambah hiasan lain lagi pun boleh.
Contoh nak tambah tulisan macam “Thank you for purchasing from us. Wishing you bla bla..”
Semua terpulang pada korang
nak hias, hias
Kalau tak nak, takpe.
Focus part penting tu je, which is letak link templat yang dah
di copy ke dalam PDF.
So dah settle bab produk.
1.1.4 Log In Kedai Etsy
Step seterusnya, boleh log in Kedai Etsy korang,
Klik “Add a Listing”
Pilih “Digital Files”
Di bahagian “Who made it?”
Pilih “I did”
Di bahagian “What is it? ”
Pilih “A finished product”
Di bahagian “When was it made?”
Pilih “2020-2024”
Klik “Continue”
Seterusnya, isi bahagian title.
Untuk bahagian title ni seboleh bolehnya penuhkan sehingga
140 character yang diberi.
Masukkan video dan 10 gambar berkaitan produk yang dijual.
Seterusnya, korang akan nampak butang untuk add files.
Dekat sinilah korang akan upload PDF Files yang korang dah buat tadi.
Klik Add Files -> Pilih PDF Files-> Open
Masukkan deskripsi berkaitan produk.
Masukkan harga jual produk korang,
Pastikan harga produk tersebut berpatutan. Tidak
terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
Masukkan bilangan produk yang ada.
Memandangkan sekarang kita jual produk digital,
jadi produk ini unlimited.
Jadi korang boleh set kuantiti produk korang
berapa berapa pun yang korang nak.
Saya suggest set kuantiti kepada 100 supaya
mudah untuk kita pantau berapa
kali sudah produk kita dah terjual.
Masukkan kategori produk korang sama ada template, digital prints,
atau lain lain.
Dekat bahagian kategori ni, korang boleh taip
dulu kata kunci untuk kategori produk korang.
Nanti dia akan keluar suggestion untuk
produk kategori yang berkait.
So, korang boleh pilih dari suggestion yang diberi.
Pilih attributes yang berkaitan dengan produk kita,
contoh warna produk dan sesuai untuk event apa.
Masukkan tags , iaitu kata kunci yang berkait dengan
produk kita. Penuhkan sehingga 13 tags tersebut.
Untuk cari tags yang berkaitan dengan produk,
korang boleh guna Sale Samurai.
Dapatkan Sale Samurai sekarang (…)
Seterusnya buat shop section
untuk organize
produk produk di dalam kedai
dengan lebih tersusun.
Klik “Add a Section”, Tulis nama section, contohnya planner,
digital prints, atau lain lain.
Klik “save”
Masukkan produk ke dalam shop section masing masing.
Untuk renewal options, boleh pilih automatic atau manual.
Disarankan untuk kita pilih automatic supaya produk terus
available untuk dibeli lagi oleh customer lain sejurus produk terjual.
And then finally, klik “Publish”.
Produk kita akan terpapar di Etsy setelah kita klik “Publish”
1.2 Cara Jual Digital Prints di Etsy
Nak jual digital prints atau printables di Etsy.
Korang boleh repeat je semua step di atas
Kecuali korang tak perlu dah share
template link.
Bila dah siap design produk korang,
korang boleh terus klik “share”
klik “download”
di bahagian filetype,
boleh pilih sama ada
png atau pdf bergantung kepada produk apa
yang korang jual,
seterusnya klik “download”.
Produk yang korang dah download ni,
korang boleh terus upload dekat Etsy,
sama je seperti step sebelum ini,
isi detail detail berkaitan produk seperti,
product title, product video, product photos,
product description, product tags, dan lain-lain..
seterusnya klik “Publish”
untuk tutorial yang lebih detail,
korang boleh tengok video ni…
Untuk tutorial yang lebih jelas, anda boleh tengok video yang saya dah share di Youtube Channel saya tentang cara untuk jual digital produk di Etsy
2. Sales Samurai Tool
SEO TOOL POWER YANG KORANG BOLEH GUNA UNTUK BANTU OPTIMIZEKAN KEDAI ETSY KORANG
Saya nak share jugak kat sini salah satu tool power yang saya guna untuk optimizekan seo shop Etsy saya,
Sale Samurai.
Dia beri cadangan keyword2 (long-tail keyword) yang kita boleh guna berdasarkan apa yang orang selalu cari dan banyak cari.
Plus, dia tunjuk shop yang tengah ranking untuk keyword tu,
so kita boleh dapatkan idea apa yang diorang buat sampai ramai orang beli dari shop dia.
Actually, ada banyak lagi nak share kelebihan tool SEO ni,
boleh tengok penerangan berkaitan Sale Samurai dalam video di bawah
And jangan risau, tutorial lengkap cara nak guna tool ni ada disediakan dalam apps Sale Samurai.
Boleh klik link di bawah untuk dapatkan apps Sale Samurai ⏬⏬⏬
dan boleh guna kod diskaun saya ▶ husna20 untuk potongan 20%.
https://salesamurai.io/334.html