Saya nak share 4 cara upload fail digital di Etsy.
Cara pertama korang boleh guna apabila nak upload template Canva dekat Etsy.
Cara kedua hingga ketiga digunakan apabila korang nak upload
digital print (printables) dekat Etsy.
1. Jual Templat Canva Di Etsy
Cara Pertama:
Jika korang jual templat Canva di Etsy,
Setelah selesai design template canva, cara nak upload ke kedai Etsy,
boleh klik Share -> See All ->Template Link->Create Template Link->Copy
Template link yang dah dicopy ni akan diletakkan ke dalam sebuah PDF
dan PDF ini akan diupload ke platform Etsy
Untuk create PDF, boleh pergi dekat Canva, klik “Create a Design” dan pilih A4 Document
Dalam A4 document ini boleh letak screenshot produk korang dan butang download.
Tujuan letak screenshot produk korang ni supaya customer
boleh nampak preview atau sneak peak produk, kira macam hiasan.. kalau korang tak nak letak pun tak apa…
Untuk letak screenshot produk korang, ambil screenshot produk siap siap,
Klik Upload di bahagian menu bar -> Upload Files -> Pilih screenshot produk -> Klik “Open”
Untuk letak butang download,
Klik Elements di bahagian menu bar -> Taip “Download” di bahagian search box -> Klik Graphic -> Pilih element download yang berkenan di hati
Sekarang kita nak masukkan link template yang kita dah copy tadi ke dalam butang download.
Klik elemen download tadi->klik 3 titik->klik link->Paste link yang kita dah copy sebelum ni->Klik Done.
Apabila perkataan download dah bergaris, maksudnya link dah berjaya dimasukkan.
Download PDF ini, klik share -> Download -> Untuk bahagian filetype, boleh pilih “PDF Document” ->Klik Download
PDF ini sudah siap diupload di kedai Etsy.
Buka Etsy shop korang – klik “listing” – “klik add a listing” – isi detail
tentang produk – di bahagian type, pilih “digital” – klik “upload file”
– pilih pdf yang dah diletakkan link tadi – klik “open” – klik “Publish”
2. Jual Digital Prints Di Etsy
Cara Kedua:
Untuk upload digital prints amatlah mudah, setiap design yang kita dah siapkan kita boleh simpan dan terus upload ke Etsy.
Beza digital prints dengan templat
Digital prints adalah produk yang tak boleh dieedit oleh customer
manakala template adalah produk yang boleh dieedit oleh customer
Apabila customer beli digital prints dari kita, customer perlu print produk
tersebut untuk menggunakannya.
Untuk upload produk digital prints ke Etsy yang bersaiz kurang dari 20 mb dan tidak lebih dari 5 buah fail,
Selesai sahaja design produk, boleh klik share -> Download -> Untuk bahagian filetype, pilih “PDF Print” ->Klik Download
Bila jual digital prints, pastikan korang save fail dalam bentuk PDF Print untuk pastikan
produk yang di print oleh customer berkualiti tinggi.
PDF ini sudah siap untuk diupload ke platform Etsy
Buka Etsy shop korang – klik “listing” – “klik add a listing” – isi detail
tentang produk – di bahagian type, pilih “digital” – klik “upload file”
– pilih pdf tadi – klik “open” – klik “Publish”
3. Share fail bersaiz besar di Etsy
Cara Ketiga:
Untuk pengetahuan korang, bila nak upload file digital di Etsy, ada kuota yang ditetapkan.
Kuota yang dibenarkan hanyalah 20 mb ke bawah.
Jadi kalau korang nak upload file yang bersaiz besar, melebihi 20 mb, korang kena guna Google Drive atau Dropbox.
Saya biasa guna Google Drive, jadi saya akan share cara nak upload file besar guna Google Drive.
- Upload file bersaiz besar ke Google Drive
2. Klik file tersebut, klik 3 titik, klik “share”
3. Di bahagian general access, tukar option daripada “resricted” kepada “anyone with the link”
4. Klik “copy link”
Link ini yang akan diupload ke Etsy. Cara nak letak link di Etsy adalah seperti berikut;
- Buka Canva, Klik “Create a design” dan klik “A4 Document”.
2. Tulis perkataan “Download” di kertas A4 tersebut. Boleh je nak hias sikit sikit A4 tu.
3. Right-click pada perkataan “Download” tersebut dan klik “link”
4. Ada ruang untuk masukkan link. Boleh masukkan link yang telah dicopy tadi ke dalam ruangan yang disediakan.
5. Klik “share” dan klik “download”
6. Di bahagian filetype, pilih “PDF Document”
7. Klik “Download”
PDF ini sudah siap diupload di kedai Etsy.
Buka Etsy shop korang – klik “listing” – “klik add a listing” – isi detail
tentang produk – di bahagian type, pilih “digital” – klik “upload file”
– pilih pdf yang dah diletakkan link tadi – klik “open” – klik “Publish”
4. Share Banyak Fail Di Etsy
Cara Keempat:
Untuk pengetahuan korang, kuota bilangan untuk upload file dekat Etsy hanyalah 5 file
untuk setiap listing.
So, macam mana kalau korang nak upload lebih dari 5 file?
Korang boleh gabungkan semua file dalam zip file dan upload ke Etsy.
Ini adalah step by step macam mana cara korang nak upload file ke Etsy
guna zip file
- highlight semua fail yang nak dijual
2. right click dan pilih “send to”
3. pilih compressed (zipped folder), akan ada lago zip foleder keluar (buku bertindih)
4. namakan zip folder mengikut kesesuaian
5. buka etsy shop korang, klik and add a new listing, dibahagian type , pilih “digital”
6. klik “upload file”
7. pilih zip file tadi
8. klik “publish”
Sekarang dah tahu cara upload fail digital di Etsy, korang boleh upload fail digital
di Etsy mengikut kesesuaian apa jenis fail yang nak dijual.
Di dalam playlist Etsy Info di bawah terdapat video video youtube yang
korang boleh tengok untuk tutorial yang lebih jelas berkaitan cara upload fail digital di Etsy.
Untuk sesiapa yang nak tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy, boleh guna website Sale Samurai. Sale Samurai adalah website yang bantu drive traffic ke kedai Etsy dengan cara analisis keyword yang digunakan oleh para pembeli di Etsy. Boleh baca berkenaan Sale Samurai dengan lebih detail di post ini
Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik
Naikkan Sales Di Etsy Dengan Lebih Banyak – Gunakan Tool Ini
Untuk dapatkan Sale Samurai boleh klik disini
Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY