Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

Tutorial Lengkap Cara Guna Canva | Update 2025

cara guna canva
Harini saya nak share  tutorial lengkap cara guna Canva apps,
Ini adalah update terbaru cara nak guna Canva 2025.
Sebelum ni saya dah pernah share tutorial step by step
macam mana nak guna Canva.
Cuma Canva dah banyak update, dan interface Canva
sekarang totally different dari yang sebelum ni
Jadi jom kita belajar cara design terbaru di
Canva
Please tengok sampai habis tutorial ni
sebab saya akan keep sharing tips and trik
yang korang boleh guna bila design guna Canva.

1. Canva tu apa?

Canva adalah sebuah website design yang menggunakan konsep drag
and drop untuk design sesuatu projek
Tujuan utama website ini dibina adalah untuk memudahkan
proses untuk mencipta sesebuah design.
Ianya sangatlah mesra pengguna. Sekarang, semua orang
boleh design apa apa sahaja dengan mudah menggunakan Canva.

2. Bagaimana Canva bermula?

Ramai yang bertanya soalan ni.
Bagaimana Canva bermula..
Siapa yang memulakan Canva..
Macam mana boleh dapat idea untuk asaskan Canva ni..
Canva diasaskan di Perth, Australia oleh Melanie Perkins,
Cliff Obrecht dan Cameron Adams pada 1 January 2013.
Image credit to Flickr
Pada tahun 2007, Melanie Perkins mengajar
di bahagian basic computer design
dan dia mendapati
sangat susah untuk mencipta sebuah design walaupun
design tersebut sangat simple
Dari situ, terciptalah idea Canva ini
Walaubagaimanapun, ketika itu,
idea untuk mewujudkan Canva ini dianggap tidak relevan
Pelabur pelabur tidak mahu melabur dalam menjayakan
projek Canva ini
kerana mengganggap projek ini
tidak boleh pergi jauh
Namun, pengasas Canva ini tetap tidak berputus asa
dan kini lihatlah hasilnya
Canva telah berkembang dengan sangat meluas
dan jayannya sehingga ke suluruh negara dan mempunyai
berjuta juta pengguna.
Bermula dari menyediakan platform yang mudah untuk mengdesign
sesuatu projek, mengedit gambar, seterusnya mengedit video,
Dan sekarang feature terbaru Canva yang sangat sangatlah
bermanfaat, iaitu A.I Tool
Canva telah menggabungkan AI untuk memudahkan lagi proses
mengdesign dan juga menghasilkan design yang diluar jangkaan.
Melanie pernah berkata, “The best products don’t always win;
the ones that people can  understand and use the fastest tend
to win”.

3. Cara Guna Canva?

3.1 Log In Canva

Pergi dekat Google and taip “Canva”.
Klik canva.com, logo yang berbentuk bulat
ada huruf C di dalam dan bewarna biru.
Boleh log in atau sign up menggunakan Google
account korang masing masing
Klik “continue” dan kita akan masuk ke interface Canva

3.2 Mula Design di Canva

Klik “create a design” dan korang akan nampak ruangan
untuk korang tulis apa yang nak di design.
Boleh tulis di ruangan tersebut apa yang nak di design contohnya
presentation, poster, logo, resume, infographic, dan lain lain
Atau korang boleh juga nak tulis dokumen jenis apa korang nak
contoh A4 dokumen, A5 dokumen, A3 dokumen dan lain lain
Katakan korang tulis A4 document, nanti dia akan beri pilihan
lagi sama ada nak dalam bentuk landscape atau potret.
Klik jenis dokumen yang kita nak
Nak set size dokumen sendiri pun boleh, klik “custom size” dekat
sebelah kiri,
pilih dulu unit untuk dokumen tu sama ada px, in, mm, atau cm,
dan seterusnya masukkan tinggi dan lebar dokumen.
Klik “create new design”

3.3 Side Panel Di Canva

Bila kita dah pilih jenis dokumen yang kita nak,
kita akan masuk ke workspace kita.
Di sebelah kiri, korang akan lihat side panel
di mana ia terbahagi kepada beberapa
seksyen.
Saya akan explain dengan detail setiap seksyen yang
ada di side panel ni memandangkan di bahagian inilah
kita akan guna untuk menghasilkan design kita

3.3.1 Seksyen pertama; Design

Di sini terdapat pelbagai jenis template design yang
Canva sediakan untuk kegunaan kita.
Klik je, dan taip nama template yang kita nak
Contoh, nak buat poster makanan
Taip “food poster”  di ruangan yang disediakan
Akan keluar berlambak lambak template poster makanan
yang lawa lawa
Tinggal pilih je nak mana satu
and then boleh edit je detail detail kat
dalam tu mengikut apa yang kita nak.
Cara nak edit saya akan go lebih detail,
untuk sekarang, saya akan continue terangkan semua seksyen sekyen ni

3.3.2 Seksyen kedua; Elemen

Di sini, korang boleh masukkan pelbagai jenis elemen
yang korang nak ke dalam design
seperti table, chart, gambar, video, lain lain
kalau tengah cari elemen tertentu, boleh taip je
dekat bahagian search box elemen apa yang korang nak
elemen tersebut akan keluar.
Contoh korang taip “butterfly”
Elemen rama rama akan keluar sama ada dalam bentuk
grafik, gambar, video, lagu, etc
Untuk pengetahuan tambahan korang,
grafik tu biasanya tak ada background
gambar tu boleh ada background
And then, kalau korang nampak elemen, template atau apa apa sahaja yang ada
lambang crown
itu adalah elemen pro
Boleh subscribe ke Canva Pro untuk akses
lebih banyak elemen elemen yang cantik dan menarik

3.3.3 Seksyen ketiga; Teks

Nama pun teks seksyen, kat sinilah korang boleh
masukkan teks
Klik “add text box” untuk masukkkan teks
Double klik untuk mula edit teks
Canva sediakan juga template teks untuk
korang guna
Boleh pilih je template teks mana yang berkenan di hati
dan mula edit.

3.3.4 Seksyen keempat; Brand

Brand ni untuk korang yang dah ada brand sendiri
dari segi warna, logo teks, etc
yang melambangkan brand korang
contoh korang dah ada warna warna tetap yang
korang selalu guna,
warna warna tersebut korang bolehlah
set dekat bahagian brand ni

3.3.5 Seksyen kelima; Upload

Ni adalah bahagian di mana korang boleh
upload apa apa elemen dari source korang sendiri.
Contoh, korang boleh upload gambar, video,
dan lain lain dari komputer atau phone korang
melalui section upload ni
Klik “upload file”
Pilih elemen
“Klik open”
Elemen yang korang pilih tu akan muncul dekat bahagian
upload ni untuk
korang gunakan dalam design korang.

3.3.6 Seksyen keenam; Draw

Draw ni kalau korang nak lukis sendirilah apa apa.
Yang jenis pandai melukis tu bolehlah memanfaatkan
section ni.
Antara alatan alatan yang disediakan untuk korang
melukis termasuk pen, marker, higlighter, dan pemadam
Korang boleh edit jugak warna dan ketebalan saiz tulisan
dekat sini

3.3.7 Seksyen ketujuh; Project

Kalau korang ada nak masukkan design design
yang korang dah buat sebelum ni
ke dalam design terbaru ni
korang boleh cari design yang lepas dekat bahagian
projek ni
dan pilih untuk terus masukkan ke dalam
design terbaru ni

3.3.8 Seksyen kelapan; Apps

   Dekat sini terdapat pelbagai apps yang korang
   boleh guna untuk mudahkan kerja korang
   Contohnya
   Ada popular apps macam mockups, QR Code, Image Upscaler,
   Colorize, etc.
   Dan yang paling power dan best, Canva ada sediakan
   bermacam macam AI Powered apps
   AI ni, korang nak dia buat apa, kita bagi je arahan
   Dia akan create sesuatu tu berdasarkan arahan kita.
   Contohnya, dalam Canva ni, saya pilih apps AI cartoonify
   untuk kartunkan sesebuah gambar
   Klik “choose file”
   Pilih nak gambar mana dan klik “open”
   Gambar akan diproses dan terus ditukar menjadi bentuk kartun.
   Saya ada share banyak lagi tutorial cara nak guna apps AI
   dalam Canva ni.

   Boleh tengok di youtube channel saya

   Jangan lupa untuk subscribe ke Canva Pro
   untuk dapatkan akses penuh
   dan kelebihan kelebihan
   lain ketika menggunakan Ai Tool ni

3.4 Design Templat Di Canva

     Now, dah faham bahagian bahgian yang ada dalam side panel
     ni, kita dah boleh mula buat design kita
     So, korang boleh pilih nak start from scratch (mula dari kosong)
     atau mula design dari templat sedia ada dalam Canva
     Saya suggest untuk mula design dari template yang ada dalam
     Canva untuk memudahkan kerja
     Dalam tutorial ni, saya akan tunjuk contoh macam mana
     nak design guna Canva

3.4.1 Pilih Templat Canva

     Mula mula, pergi ke bahagian design di side panel
     Taip apa benda yang kita nak design tu, let’s say
     kita nak design menu makanan,
     so kita taip “food menu”, klik enter
     Ada banyak pilihan template menu makanan yang kita boleh pilih
     Klik salah satu untuk mula edit

3.4.2 Edit Teks

Double click teks untuk mula edit teks
Masukkan teks kita sendiri
Then, bila kita klik teks tu, akan keluar edit bar
untuk kita edit teks tu dari segi appearance nya
Klik font untuk edit jenis tulisan teks tu
Untuk besarkan atau kecilkan saiz teks,
boleh edit font size, masukkan saiz tulisan yang kita nak
atau klik (tambah / tolak) untuk (besarkan / kecilkan)
saiz tulisan.
Boleh juga drag point bulat pada kotak tulisan untuk
besarkan atau kecilkan saiz tulisan
Untuk edit warna teks, klik colour
Korang akan nampak bahagian document colour, iaitu colour yang
di detect yang ada dalam document korang
Bahagian photo colour, iaitu colour yang didetect dari gambar
Bahagian solid colour, warna warna basic
Klik nak warna yang mana, nanti teks korang akan berubah
mengikut apa yang korang klik.
Kalau warna yang korang nak tak ada dalam colour yang disediakan
boleh klik “add a new colour”
Dan hanya gerakkan point ke warna yang kita nak
Nak tambah effect pun boleh, click effect
Dan pilih effect apa yang kita nak seperti outline, shadow, etc..

3.4.3 Delete Elemen

Untuk delete apa apa elemen, klik elemen tersebut
dan klik delete (icon tong sampah)

3.4.4 Edit Gambar Dalam Frame

Katakan dalam template tu ada gambar yang diletakkan
di dalam frame dan korang nak
gantikan dengan gambar lain
klik elemen, dan taip gambar apa yang kita nak
drag gambar tersebut
dan masukkan ke dalam frame
gambar yang lama akan digantikan dengan gambar baru
double klik gambar untuk adjust posisi gambar di dalam frame
Kalau korang nak letak gambar sendiri dalam frame
Macam saya dah ajar sebelum ni,
Klik upload -> upload file -> pilih gambar sendiri -> open
Gambar tersebut akan masuk di bahagian upload
Hanya perlu drag gambar tersebut ke dalam frame

3.4.4 Edit Frame

Basically, frame ni fungsinya kalau korang nak bentukkan
gambar mengikut bentuk tertentu
Katakan gambar tu bentuk petak, korang nak jadikan
gambar tu bulat
Hanya perlu masukkan gambar tersebut dalam frame
berbentuk bulat
Kalau nak jadikan gambar tu bentuk tiga segi,
masukkan gambar tu dalam frame tiga segi
Tak kisahlah nak jadikan gambar tu bentuk apa apa pun
Hanya perlu cari frame mengikut bentuk yang kita nak
Then masukkan gambar ke dalam frame tersebut
Untuk cari pelbagai bentuk frame,
Pergi ke bahagian elemen
Taip “frame”
Klik “see all”
Dan pilih frame yang kita nak
Untuk delete frame asal yang ada dalam design,
Klik frame tersebut, klik delete
Akan keluar dua pilihan sama ada
“delete image” atau “delete frame”
Kalau korang klik “delete image”
Hanya gambar dalam frame tu yang akan terpadam
Kalau korang klik “delete frame”,
Semua gambar dan frame akan terpadam sekali
Kalau korang nak kekalkan frame
Just nak delete gambar je
Boleh right click frame
Pilih “detach image”
Gambar akan terkeluar dari frame
Then bolehlah delete gambar dan tinggalkan
frame dekat situ

3.4.5 Duplicate Element

Katakan korang dah masukkan frame baru
and now korang nak guna frame yang sama
sahaja untuk letak beberapa lagi gambar lain
Korang boleh duplicate sahaja frame tersebut
untuk mempercepatkan proses design
Right click frame tersebut
Klik “duplicate”
Frame yang sebijik sama dari segi saiz dan bentuk
akan keluar
Korang boleh guna fungsi duplicate ni
untuk elemen elemen lain jugak

3.4.6 Edit Gambar

Untuk edit sesuatu gambar, boleh klik je gambar tu
nanti akan keluar edit bar untuk korang edit gambar
Contoh korang nak tambah filter dekat gambar
Klik gambar -> Klik “edit” -> klik “see all” di bahagian filter
Dan seterusnya pilih nak letak filter apa

3.4.7 Crop Gambar

Untuk crop gambar,
Klik gambar, pilih crop (icon petak)
Drag point point di bahagian tepi untuk
crop kawasan gambar yang kita nak

3.4.8 Flip Gambar

Flip ni korang guna bila korang ada nak terbalikkan gambar
Klik gambar
Klik “flip”
Klik “flip horizontal” untuk terbalikkan gambar
sama ada ke kanan atau ke kiri
Klik “flip vertical” untuk terbalikkan gambar
sama ada ke atas atau ke bawah

3.4.9 Layer Element

  Layer elemen ni fungsi dia untuk korang susun
  elemen korang dalam design korang tu betul betul
  supaya tak ada yang block sesama sendiri
  Katakan korang ada teks
  Dan korang nak letak background petak dekat belakang teks ni
  So korang pergi dekat bahagian elemen
  Taip shape -> klik “see all” dan pilih bentuk apa
  yang korang nak
  Then drag shape ni ke kawasan terletaknya teks
  Dekat sini akan berlaku pertindihan dimana shape ni akan
  terletak di atas teks
  Sedangkan korang nak shape ni duduk belakang teks
  Jadi macam mana nak selesaikan
  Korang right click shape tersebut
  Klik “layer” dan pilih “send backward”
  Boleh jugak nak pilih “bring forward”
  “bring to front”, “send to back” bergantung kepada
  kedudukan elemen korang

3.4.10 Element Transparency

  Fungsi elemen transparency ni adalah untuk kaburkan
  sesuatu elemen
  Contohnya warna shape background tulisan
  warna merah
  Korang nak kaburkan sikit warna ni
  Nak bagi nampak transluscent sikit
  Estetik estetik sikit
  So klik je shape tu
  Klik “transparency”
  Dan adjust kekaburan elemen tu

3.4.11 Masukkan Link

  Untuk masukkan link ke dalam teks,
  Right click teks yang nak dimasukkan link
  Klik “link”
  Masukkan link apa yang korang nak
  Klik “done”
  Korang akan nampak teks tu jadi bergaris
  menandakan link dah masuk ke dalam teks tu
  Untuk mengaktifkan sesebuah link yang ada
  di dalam design
  Korang perlu save design tersebut dalam bentuk PDF
  Barulah orang boleh klik teks yang ada link tu ok

3.4.12 Group Element

  Fungsi group elemen adalah untuk memudahkan kerja
  korang menggerakkan beberapa elemen sekaligus
  Contohnya ada 5 buah gambar yang duduk di belah kiri
  Korang nak gerakkan ke kanan semua gambar ni
  Tak perlu tarik satu satu gambar ke kanan
  Kerja jadi lambat
  Korang boleh highlight semua gambar ni
  Klik “group” dan gerakkan ke kanan
  Ataupun boleh jugak
  Korang highlight semua elemen yang nak digerakkan tu
  Dan terus drag ke kanan tanpa klik “group”

3.4.13 Lock Element

  Lock elemen fungsinnya adalah untuk mengekalkan sesuatu
  elemen di kedudukannya
  dan apabila kita dah lock sesebuah elemen, kita tidak akan
  boleh melakukan apa apa proses mengedit pada elemen tersebut
  Bila kita nak kena lock elemen ni?
  Katakan ada situasi korang nak highlight
  beberapa elemen untuk gerakkan elemen elemen tersebut
  ke tempat lain
  Tetapi diatara elemen elemen ini, terdapat elemen yang korang
  nak dia stay kat situ tak bergerak
  So, elemen elemen yang korang tak nak bagi bergerak ni,
  korang lock siap siap
  then boleh highlight elemen elemen lain dan
  gerakkan kemana mana korang nak
  tanpa mengacau elemen yang korang dah lock
  Kalau nak lakukan apa apa proses pengeditan dekat elemen
  yang korang dah lock ni
  Korang kena unlock lah dulu
  Klik semula elemen yang dah dilock tu
  Dan klik unlock

3.5 Uruskan Page

3.5.1 Namakan File

Dah siap design tu, bolehlah namakan fail korang
Di bahagian atas belah kiri, klik “file”
Klik icon pensel, taip nama fail
Klik enter

3.5.2 Namakan Setiap Page

Untuk namakan setiap page dalam design korang
Perhatikan di sebelah atas kiri setiap page
Ada tertulis “page 1”, “page 2”, “page 3”, dan seterusnya
Di ruangan ini boleh masukkan nama apa yang korang nak
untuk setiap page
Nanti bila korang save fail korang ni dalam bentuk jpg atau png
setiap page akan disave menggunakan nama yang korang
dah letak ni
Kalau korang tak letak nama untuk setiap page
By default, dia akan di save dengan nombor “1”, “2”, “3”,
dan seterusnya

3.5.3 Tambah Page

Untuk tambah page baharu
Boleh klik add page
Page kosong baru akan keluar untuk korang
mulakan design seterusnya

3.5.4  Duplicate Page

Untuk duplicate page, klik je “duplicate page”
Sebijik page yang sama akan keluar
Duplicate page ni sesuailah korang nak guna
bila korang ada nak buat comparison antara dua design
Mungkin dari segi warna, background, lain lain

3.5.5 Simpan Fail

Untuk simpan fail, korang boleh simpan fail dalam
beberapa format
termasuk, JPEG, PNG, PDF Standard, PDF Print,
MP4 Video, GIF, dan PPTX
Di bahagian atas belah kanan
Klik “share”
Klik “download”
Di bahagian filetype, klik down arrow
dan pilih format apa
yang kita nak save fail kita tu
Perbezaan antara format fail adalah seperti berikut
Format JPEG dan PNG merujuk kepada gambar
JPEG mempunyai kualiti gambar yang lebih rendah
berbanding PNG
JPEG sesuai digunakan sekirannya fail korang
hanya ingin dikongsi secara online
PNG pula sesuai digunakan apabila korang nak
print fail tersebut
Kalau nak save fail dalam bentuk PDF pulak,
boleh pilih sama ada nak save dalam bentuk
PDF standard atau PDF Print
Kualiti PDF Standard lebih rendah berbanding
PDF Print
PDF standard sesuai digunakan kalau fail tu
korang nak share secara online
PDF Print pulak sesuai bila korang nak
print PDF tu
MP4 video bila korang nak save fail tu dalam
bentuk video
GIF pun sama, bila nak save fail tu dalam
bentuk video
cuma GIF biasannya untuk video yang berdurasi pendek
PPTX pulak kalau korang nak save fail korang
dalam bentuk powerpoint lah
Yang nak buat presentation tu, sesuailah save video korang
dalam bentuk powerpoint

3.5.6 Pilih Muka Surat

Lepas dah decide nak save dalam bentuk fail apa,
boleh pilih nak save muka surat yang mana
Di bahagian select pages, klik down arrow
By default, kalau kita tak pilih
muka surat, dia akan save semua muka surat
yang ada dalam design kita tu
Kalau korang ada nak pilih muka surat tertentu,
Untick kotak “all pages”
Dan pilih muka surat yang nak di download sahaja
Boleh juga tick current page untuk print muka
surat semasa
Atau boleh masukkan nombor muka surat dari berapa
hingga berapa sekirannya taknak tick satu satu
Seterusnya, klik “done” dan klik “download”
Sekirannya korang nak tutorial dalam bentuk video youtube,
boleh klik  dibawah

4. Cara Optimumkan Penggunaan Canva

Kita dah sampai di penghujung tutorial cara guna Canva
Dan paling penting
Untuk akses segala fitur fitur yang ada di Canva tanpa had
Korang boleh subscribe ke Canva Pro Sekarang!
Memang sangat best bila ada Canva Pro ni
sebab korang boleh buat apa apa je dekat Canva
tanpa ada limit
Nak buang backgroud gambar dengan satu klik,
Nak kutip objek dalam gambar dengan satu klik,
Nak buang objek tertentu dalam gambar dengan satu klik,
Dan banyak lagilah!
Korang boleh subscribe ke Canva Pro sekarang!
Saya ada share juga tips dan trik yang korang boleh guna
untuk design di Canva dengan lebih efisien

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Seorang youtuber dan blogger yang banyak berkongsi tentang Etsy, Canva, AI Tool, Youtube, dan lain lain info tentang teknologi digital.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Etsy Freebies

PDF FREE!! Checklist TIngkatkan Jualan Etsy

free

Canva Freebies

PDF FREE!! Tips dan hacks wajib tahu di Canva!

free

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva