Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

Cara Guna ChatGPT | Full Tutorial

tutorial-chatgpt

ChatGPT, korang wajib tahu cara nak guna supaya

korang tak ketinggalan zaman.

1. ChatGPT tu apa?

ChatGPT ni adalah chatbox yang menggunakan AI (Artificial Intelligence)

untuk memahami dan menghasilkan teks yang menyerupai manusia.

Maknanya bila korang tanya apa apa,

berborak pasal apa apa dekat ChatGPT ni, dia boleh faham

dan boleh reply korang punya chat tu macam manusia yang reply..

2. Macam mana ChatGPT ni berfungsi?

Basically, dia analyze data data yang dah

ada dalam tenet ni contoh macam, artikel buatan

manusia dekat Google,

pos pos manusia di media sosial,

perbualan perbualan di antara manusia dan lain lain lagi..

Dan daripada situ, menggunakan algorithm pemindahan tersendiri,

dia boleh faham dan tiru cara manusia bercakap

dan daripada situ jugak dia membuat analisa

untuk jawab persoalan persoalan korang.

Menggunakan ChatGPT ni, macam macam korang boleh buat

Nak tanya soalan, buatkan soalan, buat rph,

buat minit mesyuarat, summarize teks, nak suruh translate perkataan boleh..

senang cite, semua benda boleh lah!

3. Siapa yang buat ChatGPT ni?

OpenAI dan Chatgpt ni telah dilancarkan pada November 2022

4. Macam mana nak guna ChatGPT?

Jom saya ajar step by step!

4.1 Cara untuk Guna ChatGPT

1. Pergi dekat Google, dan korang taip Chat GPT, then click enter,

pilih ChatGPT.com.

 

Ok, dekat
sini korang boleh sign up kalau korang belum pernah
guna lagi chatGPT.

 

 

Sign up guna Google address korang je. mudah dan cepat.

 

 

Ok, now
kita dah sampai dekat interface Chat GPT.

 

korang akan nampak satu ruangan, box untuk korang tulis

apa yang korang nak dari Chatgpt ni.

 

nak tanya soalan ke, nak suh buat rph ke,

nak suh buat artikel ke, nak mintak buat soalan ke

nak borak kosong ke

ikot korang lah

apa apa yang korang tulis dalam box ni dipanggil “prompt”

 

So, cara nak guna dia,

saya akan tunjuk contoh satu persatu

4.2 Tanya Soalan Guna ChatGPT

andaikata kita
nak tanya soalan kan kita taip je lah promptnya..

contoh saya taip, “what is the meaning of delulu”.

 

dia akan jawab lah  soalan kita tu dengan memberi maksud perkataan delulu.

 

kalau kita tak puas hati dengan jawapan tu,

kita click je yang button bulat anak panah, which is butang refresh.

 dia akan bagi jawapan lain pula.

If korang perlu copy jawapan ni untuk diletakkan
kat mana-mana korang boleh click

button yang macam bentuk dokumen.

which is button copy.

So yang tu first function
Chat GPT ni untuk menjawab soalan kita.


4.3 Translate Ayat Guna ChatGPT

Secondly, dia
boleh ikut apa je arahan yang kita bagi 


Contoh kita nak translate
sesuatu text tu dalam bahasa Melayu kan.

copy dan paste text tersebut dalam kotak prompt,


And then kita tulis je,
translate ini ke dalam bahasa Melayu.

Kalau korang tengok cara
Chatgpt translate ni sangatlah accurate

dia tak macam certain translation app

yang just directly translate word by word.

 

contohnya Peter Parker, dia translate peter orang yang meletakkan kenderaan

padahal Peter Parker tu nama orang 

kalau tengok memang salah lah translation ni.

bila Chatgpt translate, dia analyze the whole text dan seterusnya menghasilkan 

output yang logik which is 

translation yang tepat

4.4 Buat RPH Guna ChatGPT


Let’s say korang
nak arahkan lagi dia buat benda lain, contoh nak buat rph.

korang tulis je buat rph untuk subjek apa, topik apa, tahun berapa dan kelas berapa minit.

dia akan keluar  macam dalam gambar kat bawah

 

daripada rph ni, kita boleh dapat idea nak buat apa untuk set induksi, nak buat aktiviti apa dan lain lain

 

4.5 Buat Artikel Guna ChatGPT

next kalau nak buat artikel apa apa

kita taip je dekat prompt box 

tulis artikel tentang topik apa

 

 
chatgpt akan
terus create sebuah artikel untuk kita.

mudah kan

4.6 Ringkaskan Teks Guna ChatGPT

contoh seterusnya, kalau korang nak summarize teks,

paste je teks apa yang nak disummarizekan..lepastu tulis summarize this text

nanti Chatgpt akan summarizekan

4.7 Rephrase Ayat Guna ChatGPT

kalau nak rephrase, tulis rephrase this text

nanti Chatgpt akan rephrasekan.

 

andaikata untuk next prompt, korang tak bagi arahan apa apa

chatgpt akan assume korang nak suh dia buat task sama macam sebelumnya.

macam contoh kat sini,

saya paste je teks, tak bagitau suruh buat apa,

chatgpt dia akan rephrase

sebab arahan sebelum ni, saya minta chatgpt rephrase teks

 

nak minta buat soalan pulak,

taip je nak berapa soalan, topik apa, subjek apa

 

 

4.8 Buat Copywriting Guna ChatGPT

kalau nak buat copywriting untuk advertisekan produk korang pun boleh

contohnya, korang jual lipstick

boleh tulis prompt create advertisement about collagen lipstick product

Chatgpt akan generate

 

let’s say korang taknak hasil yang general macam ni

korang nak detailkan lagi dari segi nada penyampaian ads tu

korang boleh tambah je lagi prompt untuk

mendetailkan lagi hasil yang korang dapat

 

contohnya saya tambah lagi create advertisement
about collagen lipstick in tone of pirate.

ini hasilnya, lagi detail, nada pirates 

 

Basically, dekat Chatgpt ni,nak suh buat apa, bagi je prompt

untuk dapatkan hasil yang lebih detail,

beri prompt yang lebih detail

  mengikut kehendak korang.

So it’s all depends on the prompt
lah cara korang letak arahan korang tu.

4.9 Menyusun Atur Konten di ChatGPT

Seterusnya, dekat Chatgpt ni, korang boleh jugak asingkan

chat chat korang mengikut topik tertentu

let’s say

page sekarang ni saya nak borak pasal delulu

so saya boleh rename page sekarang kepada delulu,

saya adjust dekat bahagian kiri paparan Chatgpt

 

untuk topik baru, andaikata saya nak discuss pasal benda lain 

contoh resepi memasak

saya klik create new chat untuk tambah page baru

 

bila buat mcm ni, mudahlah ..sebab kita dah organize topik kita mengikut page 

masing masing

nanti, kalau nak rujuk balik discussion,

boleh terus cari berdasarkan topik topik

yang kita dah rename kat tepi paparan ChatGPT ni

kalau kita tak rename page ni, Chatgpt akan auto rename berdasarkan first line yang kita tulis dalam page tu

4.10 Buat Assignment Guna ChatGPT

Last but not least, soalan tip top..

Boleh ke buat assignment guna ChatGPT?

Dapat soalan assignment

Tulis soalan assignment dalam ChatGPT

Dah dapat jawapan dari ChatGPT

Pastu paste sebijik sebijik dalam bahagian jawapan assignment kita.

Jawapannya tak boleh lah begitu kawan kawan.

Saya cakap ni berdasarkan experience saya yang telah

melalui terlalu banyak fasa fasa assignment dalam hidup saya.

Paste jawapan sebijik sebijik dari ChatGPT adalah tidak digalakkan

sebab biasanya lecturer atau instructor boleh detect

jawapan yang kita ambil tu dari ChatGPT

once dah detect, habisla lecturer korang cop dasar pemalas punya budak

lagipun, apa guna korang belajar kalau kerja nak copy paste je jawapan sebijik sebijik

Bila kita nak guna kita punya otak yang hidup segan mati tak mau ni

so, apa yang korang boleh buat?

jawapan dia korang boleh guna ChatGPT untuk dapatkan idea idea untuk

jawab soalan assignment korang

dah dapat idea dari ChatGPT tu, rephrase balik, susun balik, organize balik

so that jawapan tu menjadi tulen dari diri korang sendiri

ha faham tak?

ini saya cakap ni kalau soalan assignment korang tu jenis soalan subjektif lah

kalau soalan jenis fakta, macam math ke

korang cuba faham betul betul jawapan yang diberi ChatGPT

dan tulis balik supaya menjadi lebih faham

don’t just kopipes kopipes je ok!

our brain worth more than just kopipes!

 

Untuk penerangan dalam bentuk video youtube boleh klik

Nak tahu lagi banyak info tentang teknologi digital terkini, boleh klik Info Digital by Husna Amira

 

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Seorang youtuber dan blogger yang banyak berkongsi tentang Etsy, Canva, AI Tool, Youtube, dan lain lain info tentang teknologi digital.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Etsy Freebies

PDF FREE!! Checklist TIngkatkan Jualan Etsy

free

Canva Freebies

PDF FREE!! Tips dan hacks wajib tahu di Canva!

free

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva