Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

Cara Nak Zip Fail? Ketahui Kelebihan Dan Tips Apabila Zip Fail

cara-zip-file

Pernah tak korang nak hantar fail, tapi tak dapat sebab saiz fail besar sangat melebihi kuota sesuatu platform? Atau korang nak hantar banyak fail sekaligus, tak nak hantar satu satu sebab fail banyak sangat? Zip fail adalah jalan penyelesaiannya. Jadi harini, saya akan share dengan korang cara nak zip fail dengan mudah dan apa kelebihan bila korang zip fail ni.

But first thing first

1. Zip Fail tu apa?

Zip fail adalah sebuah proses memampatkan fail bagi menjimatkan ruang,
dan memudahkan proses penghantaran fail ke mana mana

Dia lebih kurang macam, fail banyak banyak tu kita letak
dalam beg pastu kita zip

Nanti nak guna kita keluarkan balik dan boleh guna fail tu macam biasa

2. Kenapa Nak Kena Zip Fail?

Sebab nya zip file ni bantu untuk kecilkan fail yang bersaiz besar dan mudahkan proses untuk transfer fail tu ke mana mana.

Kadang kadang bila kita nak upload sesuatu fail ke platform tertentu, ada saiz kuota yang ditetapkan.

Jadi bila fail kita ni melebihi saiz yang ditetapkan, kita perlu zip file tersebut terlebih dahulu, barulah boleh upload.

Ataupun bila banyak sangat fail yang nak di share, jadi berserabut bila nak share satu persatu fail tu. Bab kata omputih, it’s a mess. So time ni la kita nak zip file.

Secara ringkasnnya, zip fail boleh;

2.1 Jimatkan Ruang – Bila kita zip fail fail kita, storage yang digunakan lebih sedikit
sebab saiz fail kita dah jadi lebih kecil

2.2 Share Fail Dengan Mudah – Fail yang dizip akan menjadi lebih ringan,
mudah untuk diupload, dan lebih cepat untuk dihantar ke mana mana platform

2.3 Gabung Banyak Fail- Bila fail dizip, kita boleh terus hantar satu folder
tanpa perlu upload satu satu

2.4 Tingkatkan Keselamatan – Fail yang dizip boleh dikunci menggunakan
password untuk lindungi data data yang penting

3. Cara Zip Fail dan Extract Fail di Windows

Let say korang ada nak hantar 8 pdf file.

So korang boleh zip kan dulu fail fail ni semua sebelum hantar.

Macam mana cara nak zip fail? Mudah je.

Follow step kat bawah👇

1. Highlight semua file yang nak korang nak zip

2. Right-click file yang dah di highlight, dan pilih “send to”

3. Pilih “compress zip folder”

4. Korang akan nampak keluar icon buku. icon buku nilah zip file, yang mana
semua files korang tadi dah dicompress ke dalam buku ni.
Boleh namakan zip file ni mengikut kesesuaian.

cara nak zip fail

5. Share zip file ke destinasi yang korang nak, contohnya email.

Nanti orang yang terima file korang tu, bila diorang nak guna, diorang kena
exract dulu file tu ke destinasi yang diorang nak.

Senang je nak extract file. Klik zip file tu, dan klik “extract to”
pilih nak letak mana file tu semua, pastu klik okay. Siap!

Boleh lah guna file korang macam biasa

4. Cara Zip Fail dan Extract Fail di Android

1. Pergi ke Playstore dan muat turun apps ZArchiver

2. Buka apps tersebut dan beri kebenaran untuk apps tersebut access fail yang ada dalam phone kita

3. Sekirannya korang nak zip hanya satu jenis fail atau folder, boleh pilih folder yang nak di zip dan klik “compress”

4. Sekirannya nak zip beberapa jenis fail, klik tiga titik diatas belah kanan >
klik multi select > pilih fail fail yang nak dizipkan > klik “create” > klik “new archive”
> namakan zip fail > klik “ok” > dan klik tanda “right”

5. Untuk extract fail yang dah di zip ini ke dalam phone, download ZArchiver di playstore,
buka apps > klik fail yang dah di zip > klik “extract here”
boleh juga klik “extract” dan pilih lokasi dekat mana kita nak extract fail tersebut dan klik butang extract

5. Tips apabila nak zip fail

5.1 Namakan fail dengan jelas supaya mudah dikenali apabila diestrak

5.2 Tak perlu zip fail yang sudah mampat seperti fail berformat .jpg atau .mp4
sebab takkan ada pengurangan saiz yang banyak berbanding asal

5.3 Simpan salinan asal fail, jangan bergantung hanya pada zip fail, risau zip
fail ada berlaku kerosakan

5.4 Gunakan software zip yang bagus seperti  WinRAR, 7-Zip atau built in Windows/Mac tool

5.5 Kalau ada berlaku kegagalan zip fail, boleh cuba perisian lain dan pastikan tiada fail yang dikunci

Untuk tutorial step by step cara nak zip file dan share dalam bentuk video youtube, boleh klik di bawah 🔽

CARA ZIP FILE DAN EXTRACT

 

Untuk lebih banyak info digital yang bermanfaat, boleh klik Info Digital

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Seorang youtuber dan blogger yang banyak berkongsi tentang Etsy, Canva, AI Tool, Youtube, dan lain lain info tentang teknologi digital.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Etsy Freebies

PDF FREE!! Checklist TIngkatkan Jualan Etsy

free

Canva Freebies

PDF FREE!! Tips dan hacks wajib tahu di Canva!

free

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva