Sekarang nak scan gambar dah mudah
Kalau dulu kena guna printer untuk scan dokumen
Sekarang dah boleh scan dokumen dengan mudah hanya menggunakan phone
So first thing first
1. Scan Itu Apa?
Apa beza dengan tangkap gambar biasa?
Scan tu adalah sebuah proses menyalin dokumen fizikal
ke dalam bentuk digital menggunakan pengimbas ataupun scanner
Dokumen yang telah discan boleh disimpan sama ada dalam bentuk
PDF, JPG, atau PNG untuk disimpan, dieedit, ataupun di share
ke mana mana platform lain seperti whatsapp, telegram, google drive, etc.
Beza scan dengan tangkap gambar biasa, scan menghasilkan
dokumen yang lebih jelas dan tajam berbanding dokumen yang
ditangkap gambar biasa.
2. Apakah Kelebihan Scan Dokumen Guna Phone?
Kelebihan scan dokumen guna phone ni,
Korang boleh scan dokumen kat mana mana je
Pastu cepat, buka phone, scan, terus siap!
Dah tak payah dah nak pasang plug printer,
On printer
Nak tunggu printer ready bagai..
Scan guna phone memang jauh lagi menjimatkan masa
3. Cara Scan Dokumen Dengan Mudah
Ada banyak apps yang korang boleh guna untuk scan dokumen guna Phone.
Antarannya adalah Google Drive, Micosoft Lens, Adobe Scan, Cam Scanner, etc
Untuk tutorial ni, saya akan share dengan korang
Macam mana nak scan dokumen guna apps “Clear Scan”
Ini adalah apps yang saya guna dari dulu sampai sekarang
untuk scan dokumen dokumen saya
Memang sangat mudah dan berkesan!
Carannya
Ambil phone korang, pergi dekat Playstore dan taip “Scanner”
Akan keluar banyak pilihan apps untuk scan dokumen
Boleh download “Clear Scan” apps

Lepas dah download, boleh mula scan dokumen korang
Klik icon kamera di sebelah kanan bahagian bawah
Halakan pada gambar atau dokumen yang ingin discan
Adjust kedudukan dokumen biar terletak elok,
Dan klik butang bulat di bahagian bawah
Adjust line warna hijau untuk crop bahagian tepi tepi dokumen
Klik tanda right

Boleh pilih nak dokumen dalam mod “original”,
“Photo”, “Docs”, Ataupun “Clear”

Apps ni bukan setakat boleh scan dokumen je yang
Nak scan gambar pun boleh
Seterusnnya boleh klik icon “color”
Sama ada nak dokumen bewarna atau hanya hitam putih
Dah pilih mode tu, boleh klik tanda right di bahagian kanan bawah
Klik 3 titik
Klik “Rename” untuk namakan dokumen, dan klik “ok”
Semua dokumen yang kita dah scan ni akan tersimpan
dekat dalam apps ClearScan ni
Boleh share dokumen ni ke mana mana platform pilihan kita
Korang boleh buat perbandingan dokumen yang dah discan
akan jauh lagi terang dan jelas
berbanding sebelum dokumen tersebut di scan
4. Tips Untuk Dapatkan Kualiti Scan Yang Baik
4 cara yang korang boleh guna untuk dapatkan hasil scan yang baik
3.1 Letak dokumen di kawasan pencahayaan yang baik untuk elak
dokumen mempunyai bayang bayang.
3.2 Pastikan dokumen dalam keadaan rata dan tidak berkedut
3.3 Pegang kamera dengan stabil dan tidak bergoyang goyang
3.4 Gunakan latar belakang yang kontras, seperti contoh
apabila dokumen tersebut bewarna putih, letak di atas permukaan
bewarna gelap supaya apps dapat mengesan tepi dokumen dengan
lebih baik
5. Kesimpulan
Kalau korang belum pernah try lagi scan dokumen guna phone
Trylah
Memang jauh lagi efisien berbanding scan dokumen guna printer.
Mudah, cepat, dan sangat menjimatkan masa!
Kalau korang rasa artikel ni berguna, boleh kongsi artikel ini
Saya ada share banyak lagi info bermanfaat tentang digital
Untuk tutorial yang lebih terperinci tentang cara untuk scan dokumen dengan mudah, boleh klik video youtube di bawah
Tutorial Scan Dokumen Guna Phone
Untuk lebih banyak info digital yang bermanfaat, boleh klik Home
Boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang soalan