Perkongsian terbaru tentang teknologi di dalam dunia digital

3 Sebab Utama Akaun YouTube Disuspend | Punca Dan Solusi

akaun youtube disuspend

Youtube adalah sebuah platform yang mempunyai peraturan yang sangat ketat.
Kalau korang nak jadi atau dah jadi seorang youtuber, berikut saya share 3 sebab utama akaun youtube disuspend,

dan apa yang korang boleh buat bagi mendapatkan balik akaun youtube korang.

1. Pelanggaran Garis Panduan Komuniti

Untuk jadi seorang youtuber berbayar, ada 4 syarat yang korang kena ikut dan salah satu syaratnya adalah untuk ikut Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Youtube. Garis panduan ni disebut sebagai Youtube Community Guidelines.

Kalau langgar guidelines ni, korang akan dikenakan strike, menyebabkan korang tak dapat jadi seorang youtuber yang dibayar gaji oleh Youtube.

Youtube tetapkan garis panduan ni sebab nak pastikan platform Youtube ni platform yang seronok dan selamat untuk ditengok. Dia nak make sure tiada negativity dalam Youtube ni.

Okay, jom kita tengok satu persatu apa garis panduan yang dah ditetapkan Youtube ni..

1.1 Tidak boleh post konten yang mengadungi kandungan sensitif termasuk p****grafi dewasa atau kanak-kanak dan kandungan yang mengandungi bahasa kesat.

1.2 Tidak boleh post konten yang berbahaya termasuk prank dan challenge yang berbahaya, dan tunjuk cara untuk bunuh diri atau membunuh seseorang.

1.3 Tidak boleh post konten yang mengadungi aksi ganas atau grafik berat contohnya tunjuk grafik yang jelas tentang pergaduhan yang teruk atau menyeksa binatang.

1.4 Tidak boleh post konten yang mengundang kebencian terhadap seseorang individu atau sesuatu kumpulan.

1.5 Tak boleh ganggu atau buli seseorang contoh menghina penampilan fizikal seseorang.

1.6 Tak boleh sebar maklumat privasi orang lain sesuka hati.

1.7 Tak boleh spam, contoh post banyak komen dekat video konten sendiri atau post video sama berulang kali.

1.8 Tak boleh letak link yang bawa orang ke laman web yang tak dibenarkan oleh Youtube. Contoh laman web p****grafi, senjata api, dadah, etc.

1.9 Tak boleh buat konten atau share info tentang perkara yang salah di sisi undang undang. Contohnya konten tentang penjualan dadah, arak, senjata api, pemerdagangan orang, etc.

1.10 Tak boleh share maklumat palsu. Contohnya, upload konten tentang vaksin beri kanser tapi tak ada bukti atau tak ada ujikaji lansung tentang tu. Contoh lain, berkongsi klip video gempa bumi yang dah lama, tapi bagitahu orang fenomena itu baru je berlaku.

1.11 Tak boleh menyamar sebagai orang lain. Jadilah diri sendiri dan sentiasalah berlaku benar di Youtube.

akaun youtube tos

Jadi, itulah Garis Panduan Komuniti Youtube yang perlu dipatuhi. Kesimpulannya, dekat Youtube ni kita hanya boleh berkongsi maklumat yang betul dan baik baik je.

No negativity ok.

Nota: Peraturan ini digunakan di semua bahagian Youtube termasuk di content, description box, playlist, comment box dan thumbnail. Jadi, sentiasalah berhati-hati.

2. Pelanggaran Hak Cipta

Ini adalah kesilapan yang selalu dilakukan oleh mereka yang baru nak berjinak jinak dalam dunia youtube, iaitu pelanggaran hak cipta.

2.1 Guna muzik, video, atau gambar orang lain tanpa izin

2.2 Upload semula konten orang lain ke youtube 

Pelanggaran hak cipta boleh dikenakan copyright strike, dan sekirannya kita menerima 3 copyright strike dalam tempoh 90 hari, akaun youtube boleh disuspend secara kekal.

kena copyright strike

3. Penyalahgunaan monetization 

Perkara perkara ini biasa dilakukan untuk mendapatkan kelebihan monetize di youtube dengan lebih cepat sedangkan perkara ini adalah salah

3.1 Memanipulasi metrik untuk meningkatkan tontonan di  youtube, menambah subcriber, meningkatkan interaksi, dan lain lain menggunakan cara yang tidak betul atau tidak asli seperti menggunakan bantuan robot, atau membayar orang bagi melakukan perbuatan tersebut.

3.2 Klik untuk tengok iklan sendiri di Youtube

akaun kena suspend

Perlu diingatkan youtube mempunyai sistem yang boleh mengesan kelakuan kelakuan  yang tak genuine ini dan boleh  menyebabkan akaun youtube korang dalam keadaan bahaya dan seterusnya kena suspend.

4. Cara Dapatkan Balik Akaun Youtube

Akaun youtube disuspend bergantung kepada kesalahan kesalahan yang korang lakukan.

Mungkin korang ada langgar garis panduan komuniti, langgar dasar hak cipta, atau langgar terma perkhidmatan.

 

Jadi, kemungkinan akaun korang anda akan digantung sementara (tak boleh upload video atau buat live)

akaun disuspend, diterminate, atau tak boleh dimonetize lagi, bergantung kepada kesalahan yang korang lakukan.

apabila perkara ini berlaku, biasannya youtube akan hantar email dekat kita dan beritahu kita

kenapa akaun kita kena suspend

bila kita nak sign in youtube studio pun, kita akan terima notification akaun dah kena suspend.

kita kena faham apa kesalahan yang kita dah buat dan sekirannya korang rasa korang tak buat kesalahan itu korang boleh buat appeal melalui form yang youtube sediakan

Biasannya akan ada butang “start appeal” untuk buat rayuan dapatkan kembali akaun korang

Klik butang tersebut dan jelaskan sebab rayuan

appeal akaun youtube

 

Youtube mungkin akan ambil sedikit masa untuk uruskan rayuan korang

Dan dia akan hantar kembali keputusan rayuan melalui email korang.

Sekirannya rayuan korang diterima, korang akan dapat akses kembali ke youtube studio dashboard korang

Boleh baca artikel disini untuk penjelasan dari youtube sendiri berkenaan proses appeal

Sekirannya rayuan ditolak, korang boleh bina balik akaun youtube baru dan pastikan 

korang tak buat kesilapan yang sama

appeal kena reject

Akhir kata,  nak bina nama di youtube mungkin agak mencabar, tapi dengan strategi yang betul korang pasti berjaya buat duit dari youtube.

Ikut peraturan youtube, elakkan pelanggaran hak cipta dan garis panduan komuniti supaya channel korang kekal selamat.

Saya ada share jugak dalam post saya sebelum ni cara jadi seorang youtuber berbayar. Sesiapa yang tengah nak buat duit online, boleh tengok.

 

 

Artikel Berkaitan

husna-amira

Husna Amira

Youtuber & blogger

Seorang youtuber dan blogger yang banyak berkongsi tentang Etsy, Canva, AI Tool, Youtube, dan lain lain info tentang teknologi digital.

Husna Amira

My Youtube Channel

Update Terbaru Info Digital SETIAP MINGGU di Youtube

Etsy Freebies

PDF FREE!! Checklist TIngkatkan Jualan Etsy

free

Canva Freebies

PDF FREE!! Tips dan hacks wajib tahu di Canva!

free

Support Groups

Etsy Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Etsy

Canva Support Group Malaysia

Group Facebook untuk berbincang, bersoal jawab, serta berkongsi tips berkaitan Canva