Kalau korang nak menjadi seorang youtuber berbayar, korang kena join
Youtube Partnership Program ataupun ringkasannya YPP.
Melalui YPP ini, youtuber akan bayar gaji kepada kita
Saya akan terangkan secara detail macam mana korang boleh
join YPP ni..
But first thing first,
1. Kenapa youtube?
Sebab Youtube boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kita..
Ia adalah salah satu cara untuk kita jana pendapatan secara pasif
Malah jika kita betul betul bersungguh fokus untuk menjadi seorang youtuber,
ada kemungkina Youtube akan jadi sumber pendapatan kita sepenuhnnya
sumber pendapatan utama kita
Dah tak payah pergi kerja dah
Dekat Youtube ni, bila kita dah ada audiens kita sendiri,
Dah ada nama kita sendiri, orang dah kenal kita
Kerja kita untuk jana pendapatan di Youtube akan jadi lebih mudah
Apa yang penting, kita perlu bina sebuah channel youtube
yang boleh beri manfaat dekat orang lain
Baru mudah channel youtube kita nak naik
2. Langkah Pertama Untuk Menjadi Seorang Youtuber
Untuk mula jadi seorang youtuber, korang perlu cipta dulu
akaun youtube.
Pilih niche apa yang korang nak bincangkan, seperti contoh
niche kecantikan, niche gaming, niche pendidikan dan
lain lain lagi
Seboleh bolehnya pilihlah niche yang korang minat dan faham
Supaya korang boleh buat video tersebut tanpa rasa terpaksa
dan terus konsisten buat video berkaitan niche yang
korang suka
Kalau korang pilih niche korang tak suka, ada kemungkinan
perjalanan korang akan terbantut di tengah jalan sebab korang
rasa bosan dan tak larat nak teruskan.
Ingat, perjalanan untuk nak jadi seorang youtuber yang dibayar gaji ni
adalah sebuah perjalanan yang panjang kerana Youtube ada syaratnya tersendiri
sebelum diorang setuju nak bayar korang
Bukan korang boleh suka suka je upload video pastu terus dapat duit.
Ada prosesnya dan ia memerlukan korang
untuk sentiasa upload video secara konsisten
That’s why, seboleh bolehnya buat something yang korang suka
Supaya korang tidak “kiok” di tengah jalan
3. Tips Hasilkan Video Youtube
Bila korang dah decide niche apa korang nak buat, korang boleh
mula hasilkan video
Saya nak share 4 tips untuk korang bila korang nak buat sesebuah
video supaya youtube korang boleh terus grow
3.1 Hasilkan video yang berkualiti– video biarlah jelas, suara
pun biarlah jelas supaya orang tak sakit mata tengok.. tak sakit telinga dengar
3.2 Buat video yang boleh beri manfaat kepada orang lain– jangan buat video
syok sendiri.. contoh korang pergi buat video 2 jam bercakap tentang diri sendiri.
Sape je nak tengok, kite ni belum femes lagi..baru je nak start..
nanti dah femes boleh lah nak buat video
syok sendiri sikit..
sebab masetu dah ada orang yang nak kenal kite ni sape
3.3 Edit Video – Video tu kasi edit sikit, jangan upload footage raw takde edit lansung terus
ke youtube.. buang part yang membosankan, buang part loading,
buang part tergagap gagap..
video biar smooth, baru orang tertarik untuk terus tengok.. takdelah
diorang skip video kita
3.4 Buat Kajian Video Apa Nak Buat – Kalau nak video tu ramai orang tengok, buat kajian video
apa yang orang memang nak tengok.. demand tinggi.. orang search tajuk video tu..
baru senang channel korang nak grow… bukan main taram je nak buat video apa..
buat video tah apa apa.. video asal boleh.. rekod rekod, terus upload lam youtube..
again.. sape je nak tengok
Benda benda ni semua korang kena ambil kira sebab dia melibatkan kertetarikan orang
terhadap video yang korang hasilkan tu
Kalau video korang buat tak best, tak menarik, diorang skip odo gitu je
Bila banyak sangat video korang kena skip, channel korang takkan boleh grow
Kalau video korang best untuk ditengok, orang akan sentiasa kembali ke channel korang
Diorang akan ingat korang
Dalam hati diorang akan berbunyi,
” Inilah channel yang aku cari cari selama ni! Inilah dia! Terima kasih kerana wujud!”
eceyy..
And kat situ, channel korang akan mula grow
4. Jana Pendapatan Di Youtube
Now bila korang dah mula upload video ke youtube channel korang,
korang boleh join Youtube Parnership Program (YPP)
Tapi, untuk join YPP ni, ada 4 syarat yang korang perlu follow, iaitu:
4.1 Aktifkan 2 Step Verification – ini adalah untuk pastikan akaun youtube korang
selamat dari risiko kecurian memandangkan program ni melibatkan duit
4.2 Ikut Garis Panduan Youtube – Video video yang diupload di Youtube tidak
boleh melanggar peraturan peraturan yang ditetapkan.
Contohnnya korang tak
boleh upload video video tak elok, atau upload video orang lain punya.
Ada banyak lagi sebenarnnya peraturannya, saya dah explain dekat sini💗
4.3 Capai 1000 Subcriber – Dalam tempoh 12 bulan, korang kena ada 1000 pengikut.
Subscriber kena asli ya.. bukan tipu tipu.. yang tipu tipu ni, youtube boleh detect guna sistem diorang
4.4 Capai 4000 Watch Hour – Dalam tempoh 12 bulan, kena dapat 4000 jam tontonan untuk video biasa
dan ia dikira dalam tempoh 12 bulan terakhir.
Jam tontonan yang terkeluar dari tempoh 12 bulan terakhir,
tak akan dikira lagi dan ini boleh sebabkan jam tontonan berkurang
atau Capai 10 Million Short Views – Dalam tempoh 90 hari, kena dapat 10 Juta tontonan
dekat shorts (Short ni adalah syarat terbaru ya).
Achieve salah satu antara video biasa atau short ni dah fulfill syarat keempat untuk kita untuk join YPP
5. Cara Daftar YPP
Bila korang dah cukup 4 syarat ni, korang boleh masuk ke youtube studio korang
dan dekat situ akan keluar pilihan butang untuk “Apply Now”
Klik butang tersebut untuk mula join YPP
Apabila korang dah setuju dengan syarat syarat YPP,
korang perlu daftar akaun Google Adsense
Yang tak tahu Google Adsense tu apa
Google Adsense adalah platform yang membayar para youtuber
melalui iklan yang diletak dekat video Youtube
Basically, konsep dia macam ni
Korang upload video dekat Youtube
Pengiklan bayar untuk letak iklan dekat video youtube
Korang akan share revenue dengan Youtube, Youtube ambil 45% dari pengiklan tu,
korang dapat 55% dari pengiklan tu.
Duit dari pengiklan ni korang akan dapat melalui Google Adsense.
Google Adsense lah yang bahagian uruskan gaji korang.
So, lepas dah settle, Youtube akan review channel korang
sama ada korang layak tak join YPP
Kalau korang tak ada buat content tak elok, content bebas politik
konroversi, content tak ambil orang punya video, dan lain lain lagi yang tak langgar syarat YPP
Korang takkan ada masalah untuk diterima dalam YPP dan officially dah menjadi seorang youtuber berbayar!
Proses review ni boleh ambil masa sehingga sebulan
Tapi saya punya review proses, hanya ambil masa sehingga 3 hari
dan Alhamdulillah saya diterima untuk join YPP
Sehingga sekarang saya terima duit dari Youtube untuk setiap video yang
saya hasilkan
Cuma satu yang saya nak share tentang realiti buat video di Youtube
Income untuk setiap video yang kita hasilkan dekat Youtube tak sama
Kalau video tu viral, income lebih tinggi
Kalau video tu biasa biasa je, income rendah
Cuma setiap video tu akan tetap hasilkan income walaupun sedikit
Ada yang cakap, “ala, tak payahlah jadi youtuber, tak berbaloi, sikit sangat gajinya pon..”
Yang cakap tak berbaloi tu mungkin sebab video yang dia hasilkan,
viewnya tak cukup tinggi, videonnya tak cukup menarik untuk dapatkan income yang banyak
Sebab tu saya share tips tips yang kat atas tadi .. macam mana cara korang nak hasilkan
video yang boleh tarik viewer
Tips tips dekat atas tu adalah salah satu cara korang boleh dapatkan income yang banyak
untuk setiap video
Ada lagi tips yang saya nak share, saya akan tulis dalam blog seterusnnya.
Apa apa pun, setiap video yang kita hasilkan akan tetap dapat income walaupun sedikit
Jadi semakin banyak video yang kita buat, semakin banyak income yang kita dapat
Sekian, hipotesis untuk hari ini.
Basically,
Kalau korang target nak buat ribu ribu dekat Youtube, korang memang kena
upload video yang berkualiti dengan sangat banyak
Baru boleh capai target korang tu
6. Cara Duit Dimasukkan Ke Akaun Youtuber
Bila korang dah berjaya join YPP, automatik nanti bila korang nak upload video
akan keluar pilihan untuk korang “Turn On Ads”
Korang bolehlah turn on iklan ni untuk mula dapat gaji dari Youtube
Dekat Youtube Studio korang, korang boleh check
pendapatan korang dari semasa ke semasa
And syarat dekat Youtube ni, dah cukup 100 USD paling minimum
baru boleh keluarkan duit.
Dan untuk mudahkan proses pengeluaran duit,
saya cadangkan korang untuk setting biar duit masuk terus ke akaun bank korang.
Dengan cara ni, setiap kali gaji youtube dah cukup 100 USD paling minimum
duit akan auto masuk ke akaun bank korang.. sangat mudah..
Dalam video di bawah, saya ada share journey saya menjadi seorang youtuber.
Boleh tengok sekirannya korang berminat nak buat duit melalui Youtube
Video Youtube Perjalanan Saya Menjadi Seorang Youtuber
Saya ada share banyak lagi tentang Youtube, boleh klik disini.