Ramai sangat yang baru je buka kedai dekat Etsy, tapi.. tiba tiba kedai Etsy kena banned..
Alamak..
1. Pengenalan
So, yang tak tahu lagi Etsy tu apa
Etsy adalah sebuah online platform jual beli antarabangsa
Ramai dah berjaya buat pasif income dengan
menjual dekat Etsy ni
Tapi problem yang biasa berlaku untuk mereka yang baru nak mula menjual dekat Etsy
adalah kedai Etsy kena banned selepas
berjaya buka
Ada yang terus kena banned
Ada yang dah seminggu menjual, tiba tiba kena banned
Jadi harini saya nak share beberapa sebab
yang boleh menyebabkan kedai Etsy kita kena banned
2. Sebab sebab kedai Etsy kena banned
Berikut adalah pantang larang Etsy atau perkara perkara yang korang tak boleh buat di Etsy.
If buat, ada kemungkinan kedai Etsy korang akan dibanned.
Pantang larang di Etsy;
2.1 Jangan tiru produk orang lain untuk dijual di Etsy.
Sejak awal lagi, visi dan misi Etsy adalah untuk membantu peniaga kecil-kecilan untuk jual hasil art buatan sendiri.
Diorang punya hashtag #standwithsmall.
Jadi diorang sangat tekankan keunikan sesuatu produk itu.
Jadi, jual produk yang sama dengan orang lain memang tak dibenarkan sama sekali.
Korang kena create sendiri produk korang, then baru boleh jual dekat Etsy.
2.2 Jangan guna perkataan yang dah ada copyright atau brand.
Isu copyright sangat ketat di Etsy. Jangan sesekali guna perkataan yang dah ada brand if tak nak shop kene banned ,
contohnya Disneyland, Mickey Mouse, Nike, Adidas, etc.
Jangan letakkan perkataan perkataan branded ini di dalam korang punya title, description, tag dan lain lain
2.3 Jangan buka shop menggunakan referral link dari ip address yang sama.
Referral link ni, untuk sesiapa yang tak tahu, biasanya orang guna untuk dapat kelebihan upload produk secara percuma dekat Etsy.
Jadi saya ada baca satu kes di mana sorang Etsy seller ni dia buka shop Etsy yang kedua dia guna referral link dari shop Etsy yang pertama.
At the end, shop dia kena banned sebab langgar policy etsy.
Ada juga yang share shop dia kena banned sebab dia pergi beli produk dari kedai sendiri.
Tujuan dia buat macam tu sebab saja nak test kedai dia, last last kena banned.
So, kalau korang perasan, perbuatan diorang yang menyebabkan shop kene banned ni sebenarnya semua melibatkan transaction menggunakan ip adress yang sama.
Jadi, berhati-hatilah.
2.4 Jangan guna gambar daripada google atau gambar yang ada copyright
Seperti yang saya dah terangkan di atas, isu copyright di Etsy memang sangat ketat.
Contohnya .. gambar-gambar yang diambil dari Google mostly ada license yang tak benarkan kita guna dan jual balik sesuka hati.
Kena check betul betul dulu dari segi licensing dia macam mana.
Tapi kalau nak mudah, saya sarankan korang guna je gambar – gambar dari website yang dah bagi free license
untuk kita guna gambar dalam design kita dan jual balik.
Antara contoh website-website yang korang boleh guna untuk dapatkan gambar dan masukkan ke dalam design korang adalah pexels, pixabay, dan unsplash..
2.5 Tidak baca “Etsy House Rules”
Etsy dah terangkan secara sangat detail syarat syarat untuk menjual dekat Etsy
Apa peraturan dekat Etsy.. apa yang penjual Etsy tak boleh buat dekat dalam artikel ni
Jadi korang kena baca syarat syarat dekat dalam artikel “Etsy House Rules” ni untuk pastikan korang tak langgar apa apa peraturan yang Etsy dah tetapkan
2.6 Upload produk yang banyak sekaligus
Ini adalah step precaution tambahan yang korang boleh buat untuk elak shop kena banned
Iaitu tidak upload produk secara sekaligus dengan banyak dalam jangka masa pendek..
Sebagai new seller yang baru je buka kedai di Etsy
Korang dinasihatkan untuk upload produk secara berkala.. mungkin satu produk satu hari, atau dua produk satu hari
Bila dah lama bertapak di Etsy, dan mempunyai identiti yang kuat di Etsy
Baru lah boleh perbanyakkan lagi upload listing dalam satu masa
Kerana ada kemungkinan apabila kita upload terlalu banyak produk sekaligus dalam masa yang sekejap.. Etsy akan detect perbuatan kita tu sebagai scam..
Contohnya, kita baru mula buka kedai, lepastu kita upload seratus produk terus dalam masa satu hari
Perbuatan ini agak berisiko dan mungkin akan menyebabkan kedai kena banned.
3. Penyelesaian masalah Etsy Shop Kena Banned
Apa yang korang boleh buat sekirannya kedai Etsy kena banned
Saya kongsi beberapa cara yang boleh dibuat apabila kedai kena banned.
3.1 Memastikan tidak langgar apa apa polisi Etsy
Pertama, korang kena pastikan dulu korang tak ada langgar apa apa polisi dekat Etsy yang boleh menyebabkan kedai kena banned.
Contohnya, jual produk orang lain, jual barang barang yang tak dibenarkan, menggunakan perkataan trademark, tidak melengkapkan bahagian billing account, tidak membayar bil,
tidak menyelesaikan isu yang dihadapi oleh customer kita dan lain lain lagi.. ( p.s boleh baca Etsy House Rules untuk full rules and regulations ketika menjual)
3.2 Email kepada Etsy
Sekiranya anda tidak melanggar apa apa rules, boleh cuba email su*****@**sy.com dan in*******@**sy.com. Seterusnya inform akaun anda kena suspend walaupun tidak melanggar apa apa rules
3.3 Appeal sehingga berjaya.
Dalam article dibawah, Etsy ada explain dengan jelas, apa yang perlu dibuat apabila shop kena banned.. dan boleh klik butang appeal untuk dapatkan balik akaun sekirannya anda tidak melakukan apa apa yang menyebabkan akaun kena suspend.
Boleh baca artikel dibawah
Cuba appeal hingga berjaya buka semula kedai
3.4 Cuba buka akaun baru
Sekiranya masih tidak berjaya, boleh cuba buka akaun Etsy baru,
cuma tidak boleh guna maklumat yang sama seperti akaun Etsy sebelum ini..
4. Perkongsian
Ada tak korang korang kat sini yang kedai Etsy pernah kena banned sebelum ni?
Apa yang korang buat ?
Dah dapat balik ke akaun lepas cuba appeal?
Share sikit pengalaman kat sini..
Supaya kita dapat membantu rakan rakan lain jugak…
Untuk penerangan yang lebih jelas, boleh tengok video youtube tentang 4 pantang larang Etsy yang saya dah share dekat Youtube Channel saya
Sesiapa yang belum tengok cara untuk jual digital produk di Etsy, saya juga ada share cara untuk jual digital produk di Etsy
5. Tarik Lebih Ramai Customer ke Kedai Etsy
Saya nak share jugak kat sini salah satu cara yang saya guna untuk tarik lebih ramai customer ke kedai saya
iaitu dengan optimizekan seo shop Etsy saya menggunakan Sale Samurai.
Dia beri cadangan keyword2 (long-tail keyword) yang kita boleh guna berdasarkan apa yang orang selalu cari dan banyak cari.
Plus, dia tunjuk shop yang tengah ranking untuk keyword tu, so kita boleh dapatkan idea apa yang diorang buat sampai ramai orang beli dari shop dia.
Maklumat lebih lanjut tentang Sale Samurai, boleh klik disini
Naikkan Sales Di Etsy Dengan Lebih Banyak – Gunakan Tool Ini
Boleh klik link di bawah untuk dapatkan apps Sale Samurai ⏬⏬⏬ dan boleh guna kod diskaun saya husna20 untuk potongan 20%.
https://salesamurai.io/334.html
Selamat maju jaya semua!!!💕