Berikut adalah soalan soalan yang biasa ditanya berkenaan Etsy.
Soalan soalan ini adalah soalan berulang yang saya dapat daripada komen komen di youtube channel saya
dan berikut adalah jawapan jawapan bagi menjawab persoalan tersebut.
Saya juga akan sentiasa update disini soalan soalan yang biasa ditanya
bagi memudahkan perjalanan bisens Etsy korang.
1. Boleh ke guna canva pro di Etsy?
Jawapan dia, tak perlu guna elemen Canva Pro kalau nak
jual digital template dalam Etsy.
Sebab tak semua customer kita subscribe Canva Pro. Takut nanti
bila dia beli template Canva kita yang ada elemen Canva Pro,
diorang kena bayar pulak sekali lagi untuk dapatkan elemen
Canva Pro bila nak dowload produk tu dari Canva.
Selagi tak subscribe Canva Pro, produk diorang tu akan ada watermark.
Kita taknak lah mcam tu.
Kalau boleh lepas diorang beli produk dari kita, diorang boleh terus guna, tak yah nak kena bayar bayar pulak sekali lagi.
Tapi kalau korang nak jual printables dekat Etsy, tak ada masalah untuk guna elemen Canva Pro sebab korang dari awal lagi dah
simpan printables tu samada dalam bentuk PDF atau PNG (etc) untuk jual kat customer korang.
Nota tambahan:
Digital Template : Produk yang customer boleh edit di Canva dan perlu download dari Canva sebelum digunakan
Printables: Produk yang customer boleh terus guna tanpa perlu download dari Canva terlebih dahulu
2. Kalau tak ada kad kredit, boleh ke buka akaun Etsy?
Boleh je buka kedai Etsy tanpa kad kredit. Boleh guna kad debit kita. Yang penting, aktifkan dulu international transaction.
Boleh call bank untuk proses pengaktifan yang lagi smooth.
3. Kalau dah buka kedai tanpa klik link free listing, memang tak dapat dah ke 40 free listing percuma?
Bila kita buka kedai menggunakan link free listing, kita akan dapat kelebihan untuk upload 40 listing pertama dengan percuma. Caj upload satu listing adalah sebanyak 0.2 USD which is lebih kurang RM1..
Jadi, rugi kalau kita tak buka kedai menggunakan link free listing. Link ni kita boleh dapatkan melalui sharing dari rakan rakan yang dah buka kedai Etsy.
Walaubagaimanapun ada banyak penjual di Etsy yang telah membuka kedai Etsy tanpa memanfaatkan link free listing ini,
Dia dah terbuka kedai Etsy dia secara direct, tidak melalui link free listing
jadi dia tak dapat kelebihan upload 40 listing secara percuma.
Namun, masih ada cara untuk mereka yang dah terbuka kedai tanpa link free listing ini untuk mendapatkan juga 40 free listing secara percuma.
Iaitu, dia boleh share link free listing dia dengan mereka mereka yang baru nak buka kedai Etsy.
Apabila ada seseorang klik link tersebut untuk membuka kedai, dua dua akan mendapat bonus 40 free listing percuma, iaitu orang yang share link free listing, serta orang yang klik link free listing tersebut untuk buka kedai Etsy.
Di dalam artikel dibawah ini, korang boleh dapatkan link yang korang boleh share dengan orang lain
bagi mendapatkan free listing
Untuk sesiapa yang nak tarik lebih ramai customer ke kedai Etsy, boleh guna website Sale Samurai. Sale Samurai adalah website yang bantu drive traffic ke kedai Etsy dengan cara analisis keyword yang digunakan oleh para pembeli di Etsy. Boleh baca berkenaan Sale Samurai dengan lebih detail di post ini
Sale Samurai, Etsy Research Tool Yang Terbaik
Naikkan Sales Di Etsy Dengan Lebih Banyak – Gunakan Tool Ini
Untuk dapatkan Sale Samurai, boleh klik dsini
Lain lain artikel tentang Etsy, boleh klik INFO ETSY